Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak peruntuk RM600 juta beri pendidikan percuma tahun depan
  • PENDIDIKAN

Sarawak peruntuk RM600 juta beri pendidikan percuma tahun depan

Utusan Sarawak 16 hours ago
Dato Sri Fatimah Abdullah dan Datuk Dr Annuar RapaeeĀ  merakam kenangan bersama peserta yang hadir pada Program Outreach bertemakan “Kamek Prihatin, Kitak Penting” di Kompleks Islam Sibu, hari ini.

SIBU: Kerajaan Sarawak akan membelanjakan hampir RM600 juta bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar negeri ini yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata inisiatif itu terhad kepada pelajar yang mengikuti pengajian di empat universiti milik kerajaan negeri, membabitkan 64 kursus ditawarkan.

“Walaupun Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak pernah berjanji memberi pendidikan tinggi percuma dalam mana-mana pilihan raya, ia tetap dilaksanakan atas keprihatinan demi kepentingan pendidikan anak Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jangkauan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak peringkat Zon Tengah di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, yang disempurnakan oleh menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Empat institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri ialah Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin Malaysia, Universiti Swinburne Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS.

-Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Konvokesyen POLYCC Sarawak 2025: KKSR dan KKSRCS lahirkan graduan berkualiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.