Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak peruntuk RM582 juta naik taraf gereja, kuil sejak 2016
  • Tengah
  • WILAYAH

Sarawak peruntuk RM582 juta naik taraf gereja, kuil sejak 2016

Utusan Sarawak 1 day ago
UNTUK KENANGAN…..Dr Sim, Drubpon Sherab Rinpoche (enam kiri) dan Tiang (lapan kiri) bersama yang lain merakamkan kenangan di Tokong Yu Lung Tian En Si sempena sambutan Pesta Hantu Lapar, hari ini.

SIBU: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM582 juta sejak 2016 untuk membina dan menaik taraf gereja serta kuil, mencerminkan komitmen berkongsi kemakmuran tanpa mengira kaum atau agama.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan sekitar RM90 juta setiap tahun khusus untuk rumah ibadat.

“Jumlah ini mungkin tidak kelihatan besar, namun ia membuktikan kesungguhan kerajaan memastikan semua masyarakat mendapat manfaat pembangunan secara adil dan saksama.

“Sumbangan ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi juga bukti dasar keterangkuman kerajaan. Sarawak sedang menuju ke arah kemakmuran dan kita mahu semua orang bersatu, sama ada beragama Buddha, Islam, Kristian atau lain-lain. Keterangkuman inilah yang menjadikan Sarawak berbeza dan lebih kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Pesta Hantu Lapar di Tokong Yu Lung Tian En Si, Batu 16, Lebuh Raya Pan Borneo, di sini, hari ini.

Menteri Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menggesa masyarakat supaya menerima kelestarian alam sekitar dan belas ihsan selaras dengan ajaran masing-masing, terutama ketika dunia menghadapi perubahan iklim dan kemajuan teknologi yang pesat.

“Kita perlu menyesuaikan budaya dan amalan kita untuk kelestarian alam sekitar. Jika manusia mahu terus hidup di bumi ini, kita semua mesti memainkan peranan kita,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa tokong atas sumbangan mereka kepada keharmonian sosial, dimana peranan mereka dalam memelihara tradisi dan nilai turut membantu mengukuhkan asas Sarawak sebagai masyarakat yang bersatu padu.

“Acara ini adalah sebahagian daripada pembinaan negara. Di Sarawak, kita menikmati keharmonian kaum dan agama tanpa isu. Itulah yang menjadikan Sarawak unik di Malaysia,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting dan guru Buddhist, Drupon Sherab Rinpoche.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Gereja Methodist Xin Fu Yuan, Komuniti MADANI adakan Kempen Derma Darah serentak
Next: 39 kontinjen meriahkan perarakan Maulidur Rasul di Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.