Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak peruntuk RM400,000 naik taraf kiosk jualan makanan di Kampung Nangka, Sibu
  • WILAYAH

Sarawak peruntuk RM400,000 naik taraf kiosk jualan makanan di Kampung Nangka, Sibu

Utusan Sarawak 8 hours ago
TIMBALAN Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan, Datuk Dr Annuar Rapaee.

SIBU: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM400,000 untuk membiayai kerja menaik taraf 17 unit kiosk menjual pelbagai juadah makanan di Kampung, Nangka, di sini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata fasa pertama kerja menaik taraf tersebut melibatkan pemasangan bumbung yang menelan belanja RM200,000 telah berjaya disiapkan baru-baru ini.

“Fasa kedua untuk facelift (pengubahsuaian) setiap kiosk makanan berkenaan akan bermula Mei tahun ini dengan peruntukan tambahan RM200,000,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Terdahulu, Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka dalam satu hantaran di laman Facebook Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka berharap usaha menarik taraf kiosk tersebut dapat memberi keselesaan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan di situ.

Selain itu katanya, kiosk makanan berkenaan akan menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk membeli pelbagai juadah makanan di bandar ini.

–Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PPWS digesa perkemas perancangan, tingkat peranan dalam pembangunan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.