Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak peruntuk RM4.6 bilion tangani isu ases air bersih – Julaihi
  • TEMPATAN

Sarawak peruntuk RM4.6 bilion tangani isu ases air bersih – Julaihi

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAKAM KENANGAN… Dato Sri Julaihi Narawi bergambar bersama yang lain pada majlis Pecah Tanah Projek ‘Acute System’ di Jalan Bengoh Danu semalam. Foto Ukas

PADAWAN: Isu bekalan air bersih di luar bandar perlu ditangani dengan segera dan berkesan, memandangkan keperluan mendesak masyarakat luar bandar terhadap akses air yang stabil dan berkualiti.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM4 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) serta tambahan RM600 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memperkukuh sistem bekalan air di seluruh negeri.

“Masalah bekalan air tidak boleh diselesaikan serta-merta, lebih-lebih lagi dengan cabaran geografi Sarawak yang luas,” katanya ketika berucap pada majlis Pecah Tanah Projek ‘Acute System’ di Jalan Bengoh Danu di sini semalam.

Dato Sri Julaihi turut memaklumkan tentang kemajuan projek bekalan air di Serian yang melibatkan pembinaan loji rawatan air kecil tambahan di Balai Ringin dan pemasangan sistem paip berskala besar berukuran 900mm.

Jelasnya, projek tersebut menghadapi cabaran teknikal seperti struktur tanah berbatu yang memerlukan sistem ‘jacking’ namun tetap menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila kapasiti bekalan air melebihi permintaan semasa.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan bahawa kerajaan negeri merancang untuk membangunkan Sistem Grid Bekalan Air Sarawak bagi menghubungkan loji-loji rawatan utama di seluruh negeri.

Ujarnya, langkah ini bertujuan untuk memastikan bekalan air tidak terganggu walaupun berlaku kerosakan atau keperluan mendadak di satu-satu kawasan.

“Saya menggesa semua pihak tidak kira wakil rakyat, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), jurutera, kontraktor dan komuniti setempat untuk memberikan kerjasama penuh agar projek ini berjalan lancar dan siap mengikut jadual,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil; Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin; Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Datu Jafri Lias dan Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Ir. Ts. Awg. Mohammad Fadilah Awg Redzuan. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pekerja berperanan penting realisasi agenda pembangunan Sarawak
Next: Pemangku Presiden Korea Selatan ikrar tadbir urus stabil menjelang pilihan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.