Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak peruntuk RM199 juta bagi projek elektrik, liputan internet capai 94.5 peratus
  • SEMASA

Sarawak peruntuk RM199 juta bagi projek elektrik, liputan internet capai 94.5 peratus

Utusan Sarawak 3 hours ago
RAKAM kenangan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi (tengah) bersama tetamu jemputan yang lain pada majlis Amanat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi sebuah hotel terkemuka, di sini hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM199 juta tahun ini bagi projek bekalan elektrik, sebagai langkah memperkukuh sistem tenaga negeri dan memastikan rakyat menikmati bekalan elektrik yang lebih stabil serta perkhidmatan internet berkualiti di seluruh Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, berkata setakat 2025, kapasiti penjanaan bekalan elektrik di Sarawak adalah sebanyak 5,898 megawatt (MW). 

“Selaras aspirasi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kapasiti penjanaan disasarkan mencapai 10 gigawatt (GW) menjelang 2030 dan 15 GW menjelang 2035. 

“Dengan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada tenaga berasal daripada sumber boleh diperbaharui seperti tenaga solar, sumber kuasa bertingkat (CPS), hidroelektrik simpanan pam (PSH) dan biojisim,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi sebuah hotel terkemuka, di sini hari ini.

MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Sri Julaihi Narawi (dua kanan), dan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Datu Jafri Lias (dua kiri), selepas penyerahan Pelan Tahunan 2026. Foto Adele Rissa 

Beliau menegaskan bahawa peruntukan RM199 juta ini bukan sahaja bertujuan untuk menambah kapasiti bekalan elektrik, tetapi juga memastikan projek dilaksanakan segera dan memberi impak langsung kepada rakyat.

Dalam aspek telekomunikasi, Julaihi berkata setakat 2025, liputan internet mengikut penempatan di Sarawak telah mencapai 94.5 peratus. 

Bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan, pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 di bawah Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu disegerakan, terutamanya di kawasan liputan lemah sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo, Jalan Pesisir, Jalan Utama Kedua dan jalan-jalan utama lain.

“Pelaksanaan inisiatif ini penting bagi memastikan rakyat di setiap penjuru negeri dapat menikmati perkhidmatan internet yang berkualiti, selari dengan aspirasi digital Sarawak,” katanya.

Julaihi turut menggesa semua agensi dan pihak berkaitan untuk memastikan projek bekalan elektrik dan telekomunikasi dilaksanakan mengikut perancangan, dengan pemantauan rapi di lapangan supaya setiap peruntukan memberi manfaat maksimum kepada rakyat.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ekonomi hijau, digital pacu pertumbuhan mampan Sarawak
Next: Sarawak peruntuk RM1.05 bilion untuk projek utiliti, telekomunikasi 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.