Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak peruntuk RM1.05 bilion untuk projek utiliti, telekomunikasi 2026
  • SEMASA

Sarawak peruntuk RM1.05 bilion untuk projek utiliti, telekomunikasi 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi (kiri), menyerahkan Pelan Tahunan 2026 kepada wakil agensi sebagai simbolik pelaksanaan projek utiliti dan telekomunikasi untuk rakyat, di sebuah hotel terkemuka, Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM1.05 bilion tahun ini bagi melaksanakan projek dan program utiliti serta telekomunikasi di seluruh negeri, sebagai usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan asas kepada rakyat dan memastikan pembangunan negeri berjalan lancar.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, berkata peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan asas termasuk bekalan air, elektrik, pengedaran gas serta telekomunikasi demi kesejahteraan rakyat.

“Peruntukan ini memastikan projek dan program utiliti serta telekomunikasi yang telah diluluskan dapat dilaksanakan segera dan memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya ketika menyampaikan Amanat Kementerian di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

Beliau juga menekankan pencapaian 99 peratus pelaksanaan Pelan Tahunan 2025, sekali gus mengatasi prestasi tahun sebelumnya, selain bersedia melaksanakan 77 program baharu di bawah Pelan Tahunan 2026 selaras aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Julaihi menggesa semua agensi pelaksana agar memperkukuh pemantauan di lapangan dan memastikan pematuhan terhadap jadual serta peruntukan yang ditetapkan, bagi memastikan setiap sen yang disalurkan dimanfaatkan sepenuhnya.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak peruntuk RM199 juta bagi projek elektrik, liputan internet capai 94.5 peratus
Next: JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan ditahap tinggi menjelang Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.