Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perlu tenaga mahir, isi kekosongan kerja – Fadillah
  • SEMASA

Sarawak perlu tenaga mahir, isi kekosongan kerja – Fadillah

Utusan Sarawak 7 months ago

Dato Sri Fadillah Yusof ketika ditemui pemberita pada program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, hari ini. 

KUALA LUMPUR: Tenaga mahir dari Sarawak dalam sektor hidrogen, teknologi hijau, dan ekonomi digital diperlukan untuk menjadikan Bumi Kenyalang ekonomi berpendapatan tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, tenaga mahir yang ada sekarang masih belum mencukupi untuk mengisi kekosongan kerja di Sarawak.

“Kita masih memerlukan ramai lagi tenaga mahir. Itulah sebabnya kami melaksanakan program latihan dan juga terus menarik bakat dari luar, termasuk anak Sarawak yang berada di luar negara. 

“Walaupun dengan semua strategi dan dasar yang telah dilaksanakan, terdapat ramai sebenarnya anak Sarawak yang sebelum ini bekerja di luar negara, kini kembali ke Sarawak. 

“Sebahagian daripada mereka kini bersama Petroleum Sarawak Berhad (Petros), ada yang dengan Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem), dan sebahagian lagi berkhidmat di universiti, malah golongan perubatan juga telah kembali,”  katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini. 

Fadillah turut menekankan kepentingan mengekalkan hubungan dengan anak Sarawak di luar negara kerana produk dan hasil dari negeri ini perlu dipasarkan ke peringkat antarabangsa. 

“Namun, di mana sahaja mereka berada, yang lebih penting adalah minat untuk berkhidmat kepada Sarawak. Anda boleh berada di mana-mana di dunia dan inilah jaringan yang kita perlukan,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa meskipun usaha ini adalah untuk membangunkan Sarawak, ia turut memberi sumbangan besar kepada pembangunan Malaysia secara keseluruhan.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Ribuan anak Sarawak banjiri program Lan Berambeh
Next: 25,000 pelajar anak Sarawak di IPT seluruh negara bakal terima wang saku – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.