Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sarawak perkukuh usaha tangani diabetes dan obesiti
  • KESIHATAN

Sarawak perkukuh usaha tangani diabetes dan obesiti

Utusan Sarawak 2 weeks ago
RASMI…Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (lima dari kanan) meletakkan tapak tangan pada tablet sebagai simbolik perasmian Persidangan Diabetes Borneo Ke-3  di Miri petang tadi.

MIRI: Kerajaan negeri memberi keutamaan kepada usaha menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) khususnya diabetes dan obesiti melalui beberapa inisiatif.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata, ini termasuk saringan komuniti di kawasan bandar dan luar bandar, penambahbaikan perkhidmatan klinik kesihatan, pelaksanaan Strategi Pemakanan dan Gaya Hidup Sarawak 2030 serta penggunaan teknologi digital kesihatan.

“Diabetes kini menjadi antara cabaran kesihatan utama negara. Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2023) menunjukkan prevalens diabetes dalam kalangan orang dewasa Malaysia mencecah 18.3 peratus, iaitu hampir seorang daripada lima rakyat menghidap diabetes, sebahagiannya tanpa disedari.

“Bagi Sarawak, prevalens dianggarkan 14 hingga 15 peratus, namun kadar obesiti dan berat badan berlebihan semakin meningkat, dengan hampir separuh golongan dewasa tergolong dalam kategori itu,” katanya.

Sim berkata demikian dalam teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada majlis perasmian Persidangan Diabetes Borneo Ke-3 di sini, petang tadi.

Persidangan tiga hari itu disertai lebih 400 peserta terdiri daripada doktor perubatan, jururawat, pakar kesihatan bersekutu dan penyelidik dari Sarawak, Sabah, Brunei dan Semenanjung Malaysia.

Menurut Sim, persidangan ini penting kerana menghimpunkan pakar tempatan dan antarabangsa bagi berkongsi ilmu, meneroka teknologi baharu serta memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani diabetes.

“Kerjasama dan pengetahuan yang dibina di Miri sepanjang tiga hari persidangan ini diharap dapat memantapkan amalan klinikal, memacu dasar kesihatan, memperkasakan komuniti serta meningkatkan kualiti hidup pesakit diabetes,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kelab Lion Antarabangsa sumbang bekalan perubatan kepada Hospital Sibu
Next: Varian baharu COVID-19, XFG dikesan di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.