Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkukuh tadbir urus karbon, sasar pelepasan sifar bersih menjelang 2050
  • SEMASA

Sarawak perkukuh tadbir urus karbon, sasar pelepasan sifar bersih menjelang 2050

Utusan Sarawak 1 day ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Persidangan Karbon Asia (ACC) 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), petang tadi. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak terus melangkah maju dalam usaha menangani perubahan iklim dengan meletakkan asas tadbir urus karbon yang mantap, selaras dengan sasaran mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kejelasan dasar serta rangka kerja perundangan negeri memainkan peranan penting dalam membina pasaran karbon yang mapan dan kompetitif.

“Bagi memastikan pasaran karbon dapat dibangunkan secara berkesan, Sarawak telah menyediakan satu kerangka perundangan yang kukuh dan progresif dalam dasar karbon.

“Kita sedar bahawa landskap peraturan yang jelas adalah elemen utama kepada kejayaan mana-mana pasaran karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Karbon Asia (Asia Carbon Conference, ACC) 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), petang tadi. 

Menurutnya, Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 yang mula dikuatkuasakan pada 1 Mac 2024 telah menjadi titik tolak kepada tadbir urus iklim negeri yang lebih tersusun.

“Perundangan ini mewajibkan pelaporan pelepasan gas rumah hijau bagi sektor-sektor ekonomi tertentu. 

“Dengan langkah ini, kerajaan negeri dapat memantau serta mengurangkan pelepasan secara progresif, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam mencapai sasaran sifar bersih menjelang 2050,” jelasnya.

Tambah Abang Johari, rancangan karbon Sarawak kini dalam proses dimuktamadkan bagi merangka pelan pelaksanaan yang menyeluruh, termasuk memberi tumpuan kepada pembangunan pasaran karbon yang mesra pelabur dan bersifat holistik.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MAHAR kecam rejim Israel sekat bantuan kemanusiaan ke Gaza
Next: Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 ke arah peralihan ke ekonomi hijau, dilancarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.