Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perkukuh sistem kesihatan digital dan fasiliti penjawat awam
  • TEMPATAN

Sarawak perkukuh sistem kesihatan digital dan fasiliti penjawat awam

Utusan Sarawak 4 weeks ago
AMANAT…Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Perasmian Pendigitalan Klinik Kesihatan Menggunakan CCMS dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Dewan Patinggi Ali, hari ini.Foto UKAS

GEDONG: Kerajaan Sarawak menegaskan komitmen untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Klinikal Bersepadu (CCMS) serta pengoperasian klinik pergigian bergerak.

Selain itu, kerajaan negeri juga merancang pembinaan kuarters penjawat awam di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan pegawai di kawasan berkenaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pendigitalan sistem kesihatan akan mempercepatkan proses rawatan dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada rakyat.

Kerajaan Sarawak telah menyalurkan RM10 juta untuk mendigitalkan 142 klinik kesihatan seluruh negeri menggunakan CCMS.

Menurut beliau, sistem baharu memudahkan urusan doktor dan jururawat, memendekkan pengkeranian, serta memberi lebih masa untuk merawat pesakit.

SIMBOLIK…Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tujuh,kanan), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (enam,kiri) bersama tetamu kehormat yang lain melakukan simbolik perasmian Majlis Perasmian Pendigitalan Klinik Kesihatan Menggunakan CCMS dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Dewan Patinggi Ali, hari ini. Foto Norman B

Beliau menambah, pesakit turut mendapat manfaat kerana rekod kesihatan boleh disimpan dan diakses di mana sahaja, meningkatkan keberkesanan rawatan.

Pada masa sama, Sarawak kini mempunyai lapan unit bas klinik pergigian bergerak, dan jumlah ini boleh ditambah mengikut keperluan, sejajar dengan akses lebih mudah ke kawasan pedalaman melalui jalan raya dan jambatan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pendigitalan Klinik Kesihatan Menggunakan CCMS dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Dewan Patinggi Ali, hari ini.

Mengulas isu kuarters penjawat awam, Kerajaan Negeri merancang membina kuarters penjawat awam negeri dan Persekutuan berbentuk apartmen di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan peruntukan RM4 bilion.

Abang Johari berkata, inisiatif ini bertujuan menyediakan kediaman lebih selesa dan berkualiti, khususnya kepada penjawat awam yang berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Kuarters berkonsep apartmen itu lengkap dengan gimnasium dan kawasan rekreasi, boleh didiami oleh penjawat awam negeri dan Persekutuan.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun
Next: Rumah Skim Pembedaran Kampung Gedong guna solar panel, bil elektrik dijangka jauh lebih rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.