Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkukuh peranan sebagai hab tenaga hijau melalui Projek Penyambungan Grid Kuasa
  • SEMASA

Sarawak perkukuh peranan sebagai hab tenaga hijau melalui Projek Penyambungan Grid Kuasa

Utusan Sarawak 6 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersalaman dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada majlis perasmian Projek Penyambungan Grid Kuasa Elektrik Sarawak-Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini. Foto Bernama

KOTA KINABALU: Sarawak terus memperkukuh peranannya sebagai hab tenaga hijau dan pusat integrasi grid serantau melalui Projek Penyambungan Grid Kuasa Sabah-Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata negeri itu berada pada kedudukan strategik untuk berkongsi sumber tenaga dengan jiran Borneonya, iaitu Sabah, Brunei dan Kalimantan, bagi manfaat bersama.

“Kami dikurniakan sumber tenaga yang melimpah, kebanyakannya boleh diperbaharui, terutamanya tenaga hidroelektrik,” katanya pada majlis penghidupan grid di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Abang Johari dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, bersama-sama menyempurnakan penghidupan talian penghantaran berkapasiti 275 kilovolt yang menghubungkan kedua-dua negeri di Borneo itu.

Bekalan elektrik telah mengalir daripada Sarawak ke Sabah sejak Disember tahun lepas susulan penyegerakan sistem berjaya dilakukan oleh pengendali grid kedua-dua negeri. 

Sementara itu, Abang Johari berkata Sarawak juga sedang meneroka pembangunan sumber hidro berperingkat dan pemasangan solar terapung pada empangan sedia ada bagi meningkatkan kapasiti penjanaan kepada 10 gigawatt (GW) menjelang 2030 dan 15GW menjelang 2035.

Sejajar dengan Strategi Pembangunan Pascapandemik COVID-19 Sarawak 2030, Premier Sarawak itu berkata projek Penyambungan Grid Kuasa Sabah-Sarawak menyokong pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, sambil meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik serta merangsang aktiviti ekonomi di kedua-dua negeri.

“Pada masa yang sama, ia memajukan objektif Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P) dengan membolehkan Sarawak berkongsi sumber tenaga boleh baharu, menyumbang kepada campuran tenaga yang lebih seimbang dan rendah karbon bagi rantau ini.

“Di peringkat nasional, projek ini turut menyumbang secara signifikan kepada matlamat peralihan tenaga Malaysia, memperkukuh keselamatan tenaga negara dan menunjukkan bagaimana kerjasama antara negeri menyokong matlamat kelestarian jangka panjang seperti yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NET-R),” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sasaran 95,000 anggota Angkatan Sukarela ATM selari tonggak pertahanan komprehensif
Next: Projek Penyambungan Grid Kuasa Sarawak-Sabah dihidupkan hari ini, menjadi detik bersejarah kerjasama tenaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.