Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perkukuh pengurusan hutan lestari
  • TEMPATAN

Sarawak perkukuh pengurusan hutan lestari

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan bercakap ketika ditemui pemberita selepas majlis Ramah Tamah Jabatan Hutan di Wisma Sabati, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak terus komited memperkukuh pengurusan hutan secara lestari termasuk melaksanakan pensijilan pengurusan hutan secara mandatori.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, usaha tersebut dilaksanakan menerusi kerjasama rapat antara Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan pelbagai agensi berkaitan.

“Kerajaan Sarawak komited terhadap pengurusan hutan lestari termasuk pelaksanaan pensijilan pengurusan hutan secara mandatori yang dilaksanakan oleh jabatan dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan.

“Pada masa sama, pelbagai program pemuliharaan turut dilaksanakan termasuk penganjuran Seminar Ekspedisi Saintifik di Sabal dan Simunjan yang akan datang.

RAKAM KENANGAN… DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan bergambar kenangan bersama tetamu kehormat pada majlis Ramah Tamah Jabatan Hutan di Wisma Sabati, Petra Jaya.

“Usaha memperkukuh pengurusan hutan dan melaksanakan program konservasi adalah penting kerana Sarawak kaya dengan biodiversiti yang merangkumi pelbagai flora dan fauna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Ramah Tamah Jabatan Hutan di Wisma Sabati, hari ini.

Tambah beliau, hutan turut diiktiraf sebagai modal semula jadi yang menyumbang kepada nilai ekonomi, alam sekitar dan sosial negeri.

“Sehubungan itu, Sarawak telah berjaya mewartakan kira-kira 2.1 juta hektar sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA), melebihi sasaran awal satu juta hektar.

SANTUNI… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyantuni tetamu pada majlis Ramah Tamah Jabatan Hutan di Wisma Sabati, Petra Jaya.

“Bagi Kawasan Hutan Simpan Kekal (Permanent Forest Estate), keluasan kini mencecah 3,997,380 hektar termasuk penambahan terkini di Data Julan dan Sungai Tutoh,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi memastikan pengurusan hutan dilaksanakan secara mampan.

“Dari segi nilai eksport produk kayu, pada tahun lalu mencatatkan kira-kira RM2.5 bilion.

“Manakala import juga dianggarkan sekitar RM245 juta bagi menyokong nilai tambah produk berasaskan kayu.

“Saya berharap semua agensi termasuk Jabatan Perhutanan Sarawak, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) serta agensi lain dapat terus mempertingkatkan usaha dalam memastikan pengurusan hutan dilaksanakan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak hampir realisasikan KUTS, ujian bas hidrogen kukuhkan kesiapsiagaan
Next: Projek Jambatan Sarawak kekal lancar walaupun berdepan cabaran global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.