Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perhebat pemuliharaan marin, libat kerjasama masyarakat
  • SEMASA

Sarawak perhebat pemuliharaan marin, libat kerjasama masyarakat

Utusan Sarawak 20 hours ago
DATO Majang Renggi menerima cenderamata daripada Pengurus Besar Badan Perhutanan Sarawak (SFC), Abang Arabi Abang Aimran pada Majlis Pelepasan Aktiviti Pembersihan Terumbu Karang di Pangkalan Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah 5, Bintulu, hari ini. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Penglibatan komuniti setempat secara langsung dalam pemuliharaan laut merupakan elemen penting bagi memastikan keberkesanan jangka panjang usaha konservasi marin di Sarawak.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi berkata pendekatan inklusif yang melibatkan masyarakat akar umbi bukan sahaja mengukuhkan pelaksanaan di lapangan, malah menyemai rasa tanggungjawab bersama terhadap alam sekitar.

“Saya amat menghargai kehadiran para sukarelawan, penyelam profesional dan semua pihak yang turut serta turun padang.

“Inilah semangat gotong-royong yang wajar kita pupuk demi masa depan alam semula jadi di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelepasan Aktiviti Pembersihan Terumbu Karang di Pangkalan Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah 5 di sini, hari ini. 

DATO Majang Renggi berucap pada Majlis Pelepasan Aktiviti Pembersihan Terumbu Karang di Pangkalan Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah 5, Bintulu, hari ini. Foto: Carolyne Utih

Menurut beliau, kesedaran dan penyertaan masyarakat adalah tunjang kepada kelestarian jangka panjang terutama dalam konteks perlindungan ekosistem marin yang kini berdepan pelbagai cabaran termasuk pencemaran, aktiviti perikanan tidak lestari dan perubahan iklim.

Mengulas lanjut, beliau turut menekankan keperluan memberi tumpuan khusus kepada generasi muda sebagai pewaris masa depan.

“Generasi muda perlu terus dibimbing dan diberi pendedahan tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

“Mereka perlu memahami bahawa khazanah semula jadi ini bukan hanya untuk dinikmati tetapi untuk dipelihara dan dilindungi secara bersama,” ujarnya.

Beliau berkata program berasaskan komuniti perlu diperkukuh dan dijadikan agenda berterusan agar kelestarian alam bukan sekadar slogan tetapi menjadi amalan hidup masyarakat.

Program tersebut melibatkan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi teknikal, komuniti tempatan dan sukarelawan dalam aktiviti pembersihan dasar laut di sekitar kawasan perairan Bintulu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: STATOS terus perkukuh hubungan Sarawak–Singapura
Next: COREEFS: Usaha Sarawak tingkat pemeliharaan ekosistem laut secara mampan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.