Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sarawak perkukuh komitmen privasi data, kepercayaan digital menerusi PROTECT Sarawak 2026
  • TEKNOLOGI

Sarawak perkukuh komitmen privasi data, kepercayaan digital menerusi PROTECT Sarawak 2026

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Pegawai Eksekutif Purple Door (M) Sdn. Bhd., Marsy Sebban.

KUCHING: Sarawak terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasakan privasi data, kepercayaan digital dan kedaulatan data menerusi penganjuran Jelajah Mini dan Sidang Media PROTECT Sarawak 2026 Kali Ke-2 sebagai persediaan ke arah persidangan antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada April depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Purple Door (M) Sdn. Bhd., Marsy Sebban, berkata PROTECT Sarawak 2026 bukan sekadar sebuah acara, sebaliknya satu komitmen jangka panjang untuk melindungi ekosistem digital Sarawak.

“PROTECT Sarawak 2026 adalah komitmen strategik untuk melindungi masa depan digital Sarawak. Seiring kemajuan ekonomi digital negeri ini, kepercayaan, keselamatan dan tadbir urus mesti berkembang seiring. 

“Melalui kerjasama kerajaan, industri dan pakar, kita membina ekosistem digital yang diyakini dan mampan,” katanya dalam satu kemyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Teknologi SDEC, Zakaria Polit, menekankan bahawa kepercayaan digital merupakan pemangkin utama pertumbuhan ekonomi digital.

“Pada hari ini, kedaulatan digital bukan lagi sekadar soal kawalan, tetapi soal keyakinan. Apabila data diurus secara bertanggungjawab dan dipercayai, ia membuka ruang kepada pelaburan, inovasi dan pertumbuhan mampan. 

“PROTECT Sarawak 2026 menyokong usaha Sarawak menterjemahkan keupayaan digital kepada nilai ekonomi sebenar,” jelasnya.

Dalam aspek tadbir urus dan keselamatan, Ketua Strategi Keselamatan Siber SMA, Jonathan Ng, berkata perlindungan data dan keselamatan siber merupakan asas kepada keyakinan awam terhadap transformasi digital.

“Ketika Sarawak melaksanakan agenda transformasi digital, kedaulatan data dan keselamatan siber adalah elemen penting dalam membina kepercayaan rakyat. 

“Platform seperti PROTECT Sarawak 2026 membolehkan amalan terbaik antarabangsa disesuaikan dengan konteks tempatan Sarawak,” ujarnya.

Inisiatif strategik PROTECT Sarawak 2026 menyokong aspirasi Sarawak sebagai peneraju serantau dalam tadbir urus digital ketika perkhidmatan digital, aliran data rentas sempadan dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) berkembang pesat merentas industri.

Jelajah Mini & Sidang Media PROTECT Sarawak 2026 Kali Ke-2 dianjurkan oleh SDEC bersama Purple Door (M) Sdn. Bhd. dengan sokongan Sarawak Multimedia Authority (SMA), sebagai persediaan menjelang Persidangan Antarabangsa PROTECT Sarawak 2026 pada 28 hingga 30 April 2026.

PROTECT Sarawak 2026, dengan sokongan rakan strategik termasuk NACSA dan CyberSecurity Malaysia, bakal menghimpunkan pembuat dasar dan pemimpin industri bagi memperkukuh daya tahan digital Sarawak selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Kempen Internet Selamat perisai lindungi pengguna muda daripada ancaman siber

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.