Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perkukuh keupayaan aeroangkasa dengan ‘CubeSats’
  • TEMPATAN

Sarawak perkukuh keupayaan aeroangkasa dengan ‘CubeSats’

Utusan Sarawak 9 hours ago
AMANAT…Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak kini mengambil pendekatan praktikal dan berorientasikan misi dalam bidang ruang angkasa, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak berkata tumpuan kepada teknologi satelit, penggunaan data, serta aplikasi hiliran yang menyokong pengurusan hutan, pertanian, kesiapsiagaan bencana dan pemantauan maritim, sambil memberi manfaat nyata kepada rakyat.

“Sektor industri telah mengalami transformasi sejak Revolusi Perindustrian pertama, bermula dengan penemuan enjin stim dan sistem pengeluaran besar-besaran, diikuti automasi komputer.

“Hari ini, revolusi keempat sedang berlaku dengan kebergantungan industri terhadap penghantaran data berkelajuan tinggi bagi menyokong penyelesaian disruptif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 bertemakan ‘Kemuncak Sarawak: Memacu Masa Depan Aeroangkasa Asia Pasifik’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Abang Johari menjelaskan, negeri ini sedang menilai spektrum penuh teknologi ruang angkasa, khususnya penggunaan ‘CubeSats’ yang semakin menjadi trend dalam pembangunan satelit bersaiz kecil.

CubeSats ialah satelit kecil yang menjadikan teknologi angkasa lebih murah, pantas dan mudah diakses.

CUBESATS ialah satelit kecil yang menjadikan teknologi angkasa lebih murah, pantas dan mudah diakses.

‘CubeSats’ menawarkan kos rendah, dianggarkan kurang daripada euro 500,000 euro berbanding satelit tradisional yang mencecah 100 hingga 300 juta euro, dan tempoh pembangunan yang jauh lebih singkat, kurang setahun berbanding lima hingga 15 tahun bagi satelit konvensional.

Beliau menambah ‘CubeSats’ memberikan perubahan disruptif di mana sistem besar memerlukan pelaburan besar, manakala nanosat boleh dibina dalam tempoh beberapa bulan dan dilancarkan dengan kos rendah, sekali gus mengurangkan risiko kewangan.

Satelit orbit Bumi rendah ini beroperasi pada ketinggian 160 hingga 2,000 km, menawarkan komunikasi berkelajuan tinggi, pemerhatian bumi dan navigasi, serta biasanya dikerahkan dalam konstelasi besar untuk liputan global berterusan.

Sarawak telah menggunakan data satelit untuk menyokong pengurusan hutan dan sumber semula jadi, pertanian, perancangan penggunaan tanah, kesiapsiagaan bencana serta pemantauan maritim dan pesisir pantai.

Abang Johari juga menekankan hala tuju Sarawak untuk memperluaskan penyelidikan sistem satelit, operasi darat, analisis data serta penggunaan kecerdasan buatan bagi memberikan maklumat berterusan dari ruang angkasa.

Ini termasuk pembangunan stesen darat dan sokongan kepada syarikat permulaan (start-ups) untuk menjadikan data satelit sebagai maklumat berguna kepada petani, penjaga hutan dan pasukan kecemasan.

“Bagi Sarawak, geografi unik kita – hutan hujan, sungai dan pesisir pantai – bukan sahaja cabaran untuk dipantau, malah ia adalah makmal hidup kita.

“Di sinilah kita akan menguji, memvalidasi dan menyempurnakan penyelesaian generasi baharu berasaskan ruang angkasa,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan kapasiti ini bukan sekadar mengejar prestij, tetapi menyediakan rakyat Sarawak bukan sahaja untuk menggunakan teknologi, malah merancang, membina dan menjana kesejahteraan daripadanya.

Dengan ini, Sarawak bukan sahaja menjadi peserta, tetapi rakan kongsi berkemampuan dalam membentuk infrastruktur orbit masa depan di Asean.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: MA63 tidak memperincikan setiap sektor tetapi ia melindungi hak, kuasa dan undang-undang Sarawak/Sabah – Senator Ahmad
Next: SAINS, EarthEye Space jalin kerjasama strategik data satelit dan pemerhatian bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.