Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkukuh kerjasama teknologi hijau bersama Denmark
  • SEMASA

Sarawak perkukuh kerjasama teknologi hijau bersama Denmark

Utusan Sarawak 4 hours ago
DUTA Denmark ke Malaysia, Kirstine Vangkilde Berner mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak dan Denmark meneroka potensi kerjasama dalam bidang pengangkutan hijau dan tenaga mampan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh agenda pembangunan lestari negeri ini.

Duta Denmark ke Malaysia, Kirstine Vangkilde Berner mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin bagi membincangkan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknologi hidrogen, bahan api penerbangan mampan (SAF) dan inovasi pengangkutan rendah karbon di Sarawak.

Kim Shin dalam sesi pertemuan itu turut berkongsi perkembangan projek Transit Aliran Autonomi (ART) di bawah Sistem Transit Bandar Kuching (KUTS) iaitu sistem pertama seumpamanya di Malaysia yang menggunakan tenaga hidrogen sekali gus mencerminkan komitmen Sarawak dalam memperkasakan pengangkutan berasaskan tenaga bersih.

Beliau turut memaklumkan mengenai rancangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu sebagai pintu masuk moden dan pemangkin ekonomi serantau.

Duta Denmark juga menyatakan sokongan terhadap visi pembangunan Sarawak yang menekankan kelestarian alam sekitar dan menyuarakan kesediaan negaranya untuk menjalin kerjasama dalam pemindahan teknologi serta perkongsian kepakaran bagi menjadikan Sarawak peneraju pengangkutan hijau di rantau ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan, Selamat Jati Yanjah dan Penasihat Teknikal Penerbangan, Sio Yew Hua.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak komited banteras rasuah, SPRM puji sokongan Premier Sarawak
Next: Mayat Zara Qairina perlu digali semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.