Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkukuh kerjasama global teknologi angkasa di IAC 2025
  • SEMASA

Sarawak perkukuh kerjasama global teknologi angkasa di IAC 2025

Utusan Sarawak 7 days ago
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi mengetuai delegasi kerajaan Sarawak dalam Kongres Astronautik Antarabangsa ke-76 (IAC) 2025. Foto UKAS

SYDNEY (Australia): Penyertaan Sarawak dalam Kongres Astronautik Antarabangsa ke-76 (IAC) 2025 membuka ruang strategik untuk memperkukuh kerjasama global, berkongsi kepakaran serta mempelajari amalan terbaik dunia dalam bidang teknologi aeroangkasa dan pembangunan satelit.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi yang mengetuai delegasi kerajaan Sarawak bersama rombongan yang lain turut menghadiri sesi International Astronautical Federation (IAF) Global Networking Forum sempena IAC 2025.

Forum tersebut bertemakan Pengkomputeran Angkasa: Sains Terbuka Global dan Kecerdasan Buatan (AI) Angkasa berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Sydney, Australia.

Forum ini memberi fokus kepada potensi AI dan ‘Pengkomputeran Angkasa’ dalam mempercepatkan inovasi teknologi serta perkongsian ilmu secara terbuka dalam bidang sains angkasa.

MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi mengetuai delegasi kerajaan Sarawak dalam Kongres Astronautik Antarabangsa ke-76 (IAC) 2025. Foto UKAS

Perbincangan menyentuh aspek kerjasama global, pemprosesan data satelit dan pembangunan sistem pintar untuk eksplorasi serta pemantauan bumi dari angkasa.

Pada masa yang sama, delegasi kerajaan Sarawak meneruskan siri pertemuan rasmi bersama beberapa agensi terkemuka dalam industri aeroangkasa dan teknologi satelit sepanjang berlangsungnya IAC 2025.

Antara sesi penting yang dihadiri termasuk perjumpaan bersama Agensi Angkasa Eropah (ESA) serta lawatan ke Pavilion Industri Angkasa India yang memberi peluang untuk Sarawak meninjau teknologi satelit terkini selain membincangkan potensi kerjasama masa depan.

Penyertaan Sarawak pada kongres ini membuktikan komitmen mewujudkan inisiatif untuk membangunkan teknologi aeroangkasa dan satelit di negeri itu.

Ia turut menjadi peluang untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa di antara Sarawak dengan pihak yang telah mempunyai teknologi yang canggih dan terkini dalam aeroangkasa dan teknologi satelit.

Turut mengiringi beliau, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Datu Jafri Lias.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pengurusan Tertinggi LAKMNS
Next: PRN Sabah: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.