Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sarawak perkukuh kerjasama dengan CAAM dalam pembangunan penerbangan
  • TEKNOLOGI

Sarawak perkukuh kerjasama dengan CAAM dalam pembangunan penerbangan

Utusan Sarawak 12 hours ago
PENERBANGAN… Kerajaan Sarawak terus menggerakkan agenda pembangunan sektor penerbangan negeri apabila Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA: Kerajaan Sarawak terus menggerakkan agenda pembangunan sektor penerbangan negeri apabila Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di sini, baru-baru ini.

Beliau disambut Pengerusi CAAM, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi dan Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Dato’ Captain Norazman Mahmud, bersama pengurusan kanan CAAM.

Lawatan ini turut menjadi penglibatan rasmi pertama selepas penggabungan CAAM–MAVCOM pada 1 Ogos 2025, yang membuka ruang penyelarasan tadbir urus penerbangan negara secara lebih menyeluruh.

Katanya, pertemuan tersebut menumpukan kepada usaha memperluas kerjasama dan menyelaras keutamaan bersama, termasuk pertukaran perkembangan inisiatif semasa serta perbincangan hala tuju sektor penerbangan Malaysia yang memberi kesan langsung kepada Sarawak.

Jelasnya, ia meliputi operasi syarikat penerbangan, pembangunan lapangan terbang, Ekonomi Altitud Rendah (LAE) serta keselamatan penerbangan.

Beliau berkata kerajaan Sarawak mengharapkan kerjasama berterusan CAAM, khususnya bagi menyokong pembangunan dan tadbir urus sektor penerbangan Sarawak secara lebih cekap serta selamat, seiring keperluan semasa industri.

Antara tumpuan utama ialah perkara kawal selia berkaitan penubuhan AirBorneo, termasuk keperluan pensijilan, tahap kesiapsiagaan operasi serta kelulusan permulaan operasi yang selamat melibatkan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS)dan perancangan operasi jet yang dijadual bermula pada 2026.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai perkembangan serta penyelarasan kawal selia bagi cadangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Baharu, termasuk aspek perancangan dan keperluan teknikal yang berkaitan.

Pengerusi CAAM pula menyatakan komitmen pihaknya untuk terus memberi sokongan terhadap inisiatif penerbangan Sarawak di bawah Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Turut dibincangkan ialah penganjuran Program Keselamatan Penerbangan Sarawak dan Seminar LAE yang dijadual berlangsung di Miri pada suku pertama tahun hadapan, anjuran Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan kerjasama CAAM dan Universiti Curtin Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan pematuhan peraturan, memperluas kesedaran keselamatan dalam kalangan pihak berkepentingan serta orang awam, di samping menyokong pertumbuhan LAE secara selamat dan bertanggungjawab serta membuka potensi ekonomi yang lebih luas kepada Sarawak.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada CAAM atas sokongan berterusan, dan menegaskan Sarawak melalui Kementerian Pengangkutan Sarawak mengalu-alukan kerjasama dan bantuan berterusan CAAM dalam semua hal berkaitan penerbangan di negeri ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Dr. Jerip Susil dan tetamu kehormat lain.

-UKAS

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Google lancar versi beta terjemahan masa nyata menerusi fon kepala

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.