Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak perkukuh kedudukan sebagai hab logistik serantau melalui penubuhan SARPA
  • Utara
  • WILAYAH

Sarawak perkukuh kedudukan sebagai hab logistik serantau melalui penubuhan SARPA

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATO Majang Renggi berucap pada majlis Pelancaran Inisiatif Kelestarian dan Pusat Berfokuskan Pelanggan (CCC) Pelabuhan Bintulu, hari ini.

BINTULU: Sarawak terus melangkah ke hadapan untuk memperkukuh kedudukannya sebagai hab logistik serantau menerusi penubuhan Sarawak Ports Authority (SARPA) yang bakal menyelaraskan semua pengurusan pelabuhan di negeri ini di bawah satu entiti berpusat.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Dato Majang Renggi berkata, SARPA yang ditubuhkan melalui Rang Undang-Undang (RUU) Sarawak Ports Authority 2024 akan menjadi pemacu utama dalam meningkatkan kecekapan operasi, memperkukuh keselamatan, serta menyeragamkan standard perkhidmatan pelabuhan negeri.

“Penubuhan SARPA adalah langkah strategik untuk memastikan Sarawak mampu bersaing di peringkat antarabangsa terutamanya dalam sektor perdagangan, logistik dan industri maritim,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Inisiatif Kelestarian dan Pusat Berfokuskan Pelanggan (CCC) Pelabuhan Bintulu, hari ini.

Menurut beliau, SARPA juga berperanan penting dalam merealisasikan matlamat di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2023 (PCDS 2030) yang menyasarkan pertumbuhan ekonomi negeri berasaskan inovasi dan infrastruktur bertaraf dunia.

Sebagai pelengkap kepada langkah tersebut, kerajaan Sarawak turut membangunkan Pelabuhan Laut Dalam Tanjung Embang yang akan berfungsi sebagai pintu masuk strategik bagi industri pembuatan yang berkembang pesat serta untuk eksport dan import tenaga, selaras dengan peralihan Sarawak ke arah tenaga boleh diperbaharui.

Dato Majang menambah, kajian teknikal sedang dijalankan untuk menentukan lokasi terbaik pelabuhan tersebut yang akan dibina di atas pulau buatan dengan kemudahan terminal gas berteknologi tinggi, sekali gus menjadikan Tanjung Embang sebagai salah satu pelabuhan pintar termaju di rantau ini.

“Projek ini juga akan menyokong Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) dan mempercepat peralihan negeri ke arah tenaga boleh diperbaharui, memperkukuh lagi peranan Sarawak sebagai pemain utama dalam industri tenaga dan logistik Asia Tenggara,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bintulu Port Holdings lancar CCC, inisiatif baharu perkasa pengalaman pelanggan, transformasi digital
Next: Berikan perkhidmatan terbaik, terus bekerja sebagai satu pasukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.