Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkukuh industri kraf melalui Festival Kraf Antarabangsa ke-3 di Uzbekistan
  • SEMASA

Sarawak perkukuh industri kraf melalui Festival Kraf Antarabangsa ke-3 di Uzbekistan

Utusan Sarawak 1 week ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama Datuk Bandar Kokand Maruf Usmonov.

KOKAND: Sarawak terus memperkukuh usaha memartabatkan industri kraf dan kreatif tempatan menerusi penyertaan dalam Festival Kraf Antarabangsa ke-3 di Kokand, Uzbekistan, yang berlangsung dari 19 hingga 21 September.

Delegasi Sarawak diketuai oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, atas jemputan Datuk Bandar Kokand, Maruf Usmonov, dan Pengerusi Persatuan Hunarmand Uzbekistan, Rasuljon Mirzaakhmedov.

Festival dwitahunan yang dianjurkan di bawah Dekri Presiden Uzbekistan itu menghimpunkan lebih 300 penggiat kraf dari 71 negara, termasuk penggiat tempatan Uzbekistan.

Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti seperti pameran kraf, kelas kemahiran, persembahan kebudayaan, pertunjukan fesyen, tayangan dokumentari, pameran gastronomi serta pertandingan kraf.

Menurut Karim, penglibatan Sarawak dalam festival ini selaras dengan komitmen negeri menyokong pembangunan 34 komuniti etnik melalui kraf dan industri kreatif secara mampan.

“Pemuliharaan warisan kraf bukan hanya soal identiti, tetapi juga berkait rapat dengan peningkatan taraf hidup. Melalui jaringan pasaran moden, kita mahu kraf tradisional kekal autentik namun relevan untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau menegaskan penyertaan tersebut membuka ruang kolaborasi antarabangsa serta peluang pertukaran ilmu antara penggiat kraf dari pelbagai negara, sekali gus memperkukuh kedudukan Sarawak dalam arena kraf global.

Turut bersama delegasi Sarawak ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Julin Alen; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Kraf Sarawak, Suriya Charles; CEO Lembaga Pelancongan Sarawak, Sharzede Datu Salleh Askor; Pemangku CEO Majlis Seni Sarawak, Awang Ikman Awang Sepian serta beberapa pegawai kanan lain.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Kurang literasi politik punca belia jauhkan diri dari politik – Dr Lucy
Next: Populasi buaya meningkat, Sarawak kaji model pengurusan Australia – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.