Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perkukuh ekonomi biru, pemeliharaan paya bakau Lawas
  • TEMPATAN

Sarawak perkukuh ekonomi biru, pemeliharaan paya bakau Lawas

Utusan Sarawak 6 hours ago
EKONOMI BIRU…. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mahu pembangunan yang dirancang mesti menjaga kelestarian alam sekitar di kawasan pesisir Lawas. Foto: Adeng Edrus

LAWAS: Beberapa kawasan paya bakau di kawasan pesisir Lawas akan dipelihara dan dijaga sebagai kawasan terpelihara dalam usaha melestarikan pembangunan alam sekitar.

Ini penting dalam menjaga alam sekitar dan pada masa yang sama menjadi sumber tarikan pelancong yang sentiasa teruja dengan kehidupan unik di kawasan paya bakau.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu, pembangunan di kawasan bakau sepanjang pesisir daripada Kuala Lawas, Punang hingga ke Awat-Awat akan memastikan kelestarian alam sekitar turut dipelihara khususnya kawasan hutan paya bakau.

“Kita ada pelancong yang berminat dengan sumber kekayaan ekonomi biru. Jadi saya melihat paya bakau ini penting dan boleh menjadi tarikan pelancong walaupun kita melihat paya bakau sesuatu yang biasa sahaja, tetapi orang lain dari kawasan luar melihatnya sebagai sesuatu yang tidak pernah dijumpai.

“Pelancong memang teruja, jadi kita akan pelihara beberapa kawasan untuk paya bakau ini kerana ia penting untuk hidupan di laut dan kawasan tepi pantai bakau,” katanya pada majlis ibadah korban di Kampung Punang dan lawatan kerja ke Masjid Terapung Kampung Punang baru-baru ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Parlimen Santubong agih daging korban kepada lebih 2,000 asnaf
Next: Masjid terapung hampir siap, tebingan air Punang dilaksana RECODA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.