Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perkukuh bandar hijau melalui pewartaan rizab alam dan ruang rekreasi urban
  • TEMPATAN

Sarawak perkukuh bandar hijau melalui pewartaan rizab alam dan ruang rekreasi urban

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Len Talif Salleh ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis Inisiatif Digital & Hijau SFC di Wisma Lestari di Pejabat Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Kuching.

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh konsep bandar hijau melalui pewartaan beberapa rizab alam semula jadi serta pembangunan ruang hijau bandar yang memberi keseimbangan antara pembangunan bandar dan pemuliharaan alam sekitar.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, berkata langkah strategik kerajaan negeri menekankan keseimbangan antara pembangunan bandar dan kelestarian alam.

Ini dilakukan melalui pewartaan rizab alam semula jadi Sungai Tapang seluas kira-kira 7.7 hektar iaitu bekas pusat penyelidikan kayu kayan, yang menjadi habitat batu kapur, orkid dan spesies tumbuhan endemik. 

“Kawasan ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat konservasi, malah menjadi makmal hidup untuk pendidikan dan penyelidikan biodiversiti.

“Kerajaan negeri turut menekankan kepentingan pembangunan ruang hijau bandar di kawasan bandar untuk manfaat masyarakat.

“Walaupun bandar terus berkembang, kerajaan negeri memastikan terdapat kawasan hijau dan ruang rekreasi yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis Inisiatif Digital & Hijau SFC di Wisma Lestari di Pejabat Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di sini hari ini.

Len Talif berkata, kerajaan negeri juga membangunkan Ang Cheng Ho Kuari dan kuari lama lain sebagai hab rekreasi, manakala Taman Botani baru oleh DBKU  menyediakan kemudahan rekreasi alam bagi komuniti bandar. 

“Kawasan ini dikendalikan mengikut pelan pengurusan yang jelas supaya ia kekal terpelihara, namun masih boleh diakses secara terkawal oleh orang awam untuk pendidikan, penyelidikan dan rekreasi,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan teknologi dalam pemuliharaan biodiversiti. 

“Antara inisiatif yang dilancarkan termasuk aplikasi pengenalpastian spesies orkid, yang membolehkan orang ramai mengenali kira-kira 500 spesies orkid di Sarawak, serta aplikasi pengenalpastian pokok dan kayu.


“Kita mahu orang ramai mengenali spesies alam sekitar kerana ‘tak kenal maka tak cinta’, sekali gus memupuk minat masyarakat untuk bersama-sama memelihara khazanah semula jadi negeri,” katanya.

Kerajaan negeri menegaskan bahawa pewartaan rizab alam semula jadi dan pembangunan ruang hijau urban ini adalah sebahagian daripada strategi pembangunan lestari Sarawak, menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan komuniti dan pemeliharaan alam sekitar.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek mitigasi banjir Desa Wira terima sokongan padu penduduk
Next: HSL lancar projek rumah teres baharu, harga bermula RM599,800

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.