Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkukuh akses perjalanan susulan MoU STB dan Royal Brunei Airlines di ITB China
  • SEMASA

Sarawak perkukuh akses perjalanan susulan MoU STB dan Royal Brunei Airlines di ITB China

Utusan Sarawak 3 hours ago
WAKIL STB dan Royal Brunei Airlines bergambar selepas majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di ITB China 2026, Shanghai. Foto STB 

SHANGHAI: Akses perjalanan ke Sarawak dijangka diperkukuh susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Royal Brunei Airlines (RB) di ITB China 2026.

Kerjasama strategik itu dimeterai di Shanghai, China, sekali gus memperkukuh hubungan udara serantau serta usaha meningkatkan keterlihatan Sarawak di pasaran pelancongan antarabangsa.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif STB, Dr Sharzede Datu Salleh Askor, dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Royal Brunei Airlines, Kolonel (B) Norsuriati Sharbini.

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Dr Sharzede berkata, kesalinghubungan udara kekal menjadi elemen penting dalam memperkukuh pertumbuhan pelancongan serta meningkatkan daya saing destinasi di peringkat global.

“Kerjasama strategik seperti ini amat penting dalam memperkukuh aksesibiliti, meningkatkan keterlihatan destinasi serta membuka lebih banyak peluang untuk menggalakkan perjalanan ke Sarawak dan rantau Borneo secara keseluruhan.

FOTO: STB

“Sebagai Gerbang ke Borneo, kesalinghubungan kekal menjadi komponen utama dalam menyokong pertumbuhan pelancongan dan usaha promosi antarabangsa kami,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata kerjasama itu hadir pada masa tepat ketika STB mempergiat usaha promosi di China dan Asia Utara melalui pemasaran destinasi, kolaborasi perdagangan serta program penglibatan pengguna.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Royal Brunei Airlines, Kolonel (B) Norsuriati Sharbini berkata, pihaknya komited untuk terus memperkukuh hubungan bersama STB dalam memperluaskan akses serantau.

“China kekal sebagai pasaran penting bagi Royal Brunei Airlines dan rantau Borneo. Kami melihat potensi besar untuk terus memposisikan Brunei dan Sarawak sebagai destinasi menarik bagi pelancong yang mencari pengalaman budaya, alam semula jadi dan kesejahteraan yang autentik,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, STB turut melaksanakan program Jelajah Kampus & Penglibatan Pelajar di Universiti Pengajian Antarabangsa Zhejiang bersama Qunar di China bagi memperkenalkan Sarawak kepada pelajar universiti dan pelancong muda.

Program itu memberi pendedahan mengenai budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan serta festival di Sarawak melalui pendekatan interaktif dan pameran pelancongan.

Kerjasama strategik bersama RB serta inisiatif penglibatan STB di China itu mencerminkan usaha berterusan Sarawak untuk memperkukuh kehadiran di pasaran antarabangsa melalui promosi destinasi, kerjasama industri serta penglibatan pengguna, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai Gerbang ke Borneo.

Majlis tandatangan itu disaksikan oleh Pengarah Pemasaran STB bagi Asia Utara dan Pasaran Baharu, Dylan Redas Noel, serta Pengurus Pemasaran Bersepadu RB, Alirahim Abdul Rani.

Turut hadir Pengerusi STB, Dato Dennis Ngau, Presiden Beijing Longway International Travel, Song Kai yang juga ejen jualan umum RB di Republik Rakyat China, serta pemain industri pelancongan dan rakan dagang di Shanghai.

Continue Reading

Previous: Melontar Jamrah didik jemaah tundukkan ego, utamakan kepentingan orang lain
Next: Harga runcit petrol, diesel diturunkan mulai esok hingga 3 Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.