Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkukuh agenda hijau di peringkat global melalui WEF New Champions 2025 di Tianjin
  • SEMASA

Sarawak perkukuh agenda hijau di peringkat global melalui WEF New Champions 2025 di Tianjin

Utusan Sarawak 6 hours ago
SARAWAK terus memacu visinya sebagai peneraju industri hijau ke peringkat antarabangsa menerusi penyertaan aktif dalam Mesyuarat Tahunan World Economic Forum (WEF) New Champions 2025 yang sedang berlangsung di Tianjin, China. -Foto UKAS

TIANJIN, CHINA: Sarawak terus memacu visinya sebagai peneraju industri hijau ke peringkat antarabangsa menerusi penyertaan aktif dalam Mesyuarat Tahunan World Economic Forum (WEF) New Champions 2025 yang sedang berlangsung di Tianjin, China.

Menurut kenyataan media Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, delegasi kerajaan negeri diketuai oleh Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi, yang mewakili Premier Sarawak. Penyertaan ini mengangkat imej Sarawak sebagai negeri yang komited terhadap pembangunan mampan dan masa depan tenaga hijau.

Penyertaan Sarawak dalam WEF kali ini turut memperkukuh pengiktirafan bersejarah apabila Bintulu diumumkan sebagai kluster industri pertama Malaysia di bawah inisiatif Pembangunan Kluster Industri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada 20 Jun lalu.

Pengiktirafan daripada WEF ini menempatkan Sarawak di landasan utama transformasi industri berteraskan inovasi dan kelestarian.

Antara agenda penting di Tianjin termasuk pertemuan bersama Jörgen Sandström, Ketua Inisiatif Pembangunan Kluster Industri WEF, bagi membincangkan langkah strategik seterusnya.

Sarawak turut dijangka mengadakan sesi pembentangan rasmi oleh Premier Sarawak di WEF Davos tahun hadapan.

“Penyertaan dalam inisiatif global ini bukan sahaja meletakkan Sarawak di radar pelabur antarabangsa, malah mengukuhkan kedudukannya sebagai hab industri dan tenaga lestari masa depan,” kata Dato Sri Julaihi dalam kenyataan itu.

Delegasi Sarawak juga mengadakan pertemuan dengan syarikat GUOFUHEE / Asia Energy, yang sedang merancang projek eksport hidrogen cecair bersama Bintulu Port Holdings Berhad.

Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan dijangka dimeterai semasa International Energy Week 2025 di Kuching, selaras dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen Sarawak (SHER).

Selain itu, sesi libat urus turut diadakan bersama syarikat antarabangsa iaitu Jiangxi Tianyuan Environmental Protection Group dan Qiancheng Group / Comcore Technology.

Perbincangan melibatkan kerjasama dalam teknologi bersih, pengurusan sisa, dan pembangunan infrastruktur digital.

Semua inisiatif ini adalah sejajar dengan aspirasi Sarawak untuk mencapai pembangunan ekonomi hijau yang berdaya tahan melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Datu Jafri Lias serta Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datu Abg Ahmad Abg Morni,

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Presiden Republik Kyrgyz lawat Parlimen Malaysia
Next: Timbalan Menteri Dalam Negeri hadiri Persidangan Menteri Asia Pasifik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.