Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkukuh agenda ekonomi data, teroka kerjasama AI dan aeroangkasa di UK
  • SEMASA

Sarawak perkukuh agenda ekonomi data, teroka kerjasama AI dan aeroangkasa di UK

Utusan Sarawak 4 hours ago
PREMIER Sarawak bercakap ketika ditemui pemberita selepas sesi libat urus Semikonduktor Sarawak yang dianjurkan bersama Semikonduktor SMD dan Universiti Bristol di NCC, Bristol.

BRISTOL: Sarawak memperhebat langkah ke arah menjadi hab ekonomi data dan kecerdasan buatan (AI) serantau dengan memanfaatkan kekuatan tenaga boleh diperbaharui serta memperluas kerjasama strategik bersama Universiti Bristol.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, lawatan kerja ke Bristol membuka ruang baharu dalam pembangunan industri masa depan melibatkan AI, aeroangkasa dan pengkomputeran berprestasi tinggi.

“Perbincangan dengan pihak universiti merangkumi sektor aeroangkasa serta keupayaan pengkomputeran bagi penyelidikan masa depan industri AI dan aeroangkasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi libat urus Semikonduktor Sarawak yang dianjurkan bersama Semikonduktor SMD dan Universiti Bristol di NCC, Bristol, semalam pada waktu tempatan.

Tambah beliau, penggunaan data sebagai asas ekonomi baharu kini bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keperluan yang tidak dapat dielakkan.

“Ia selari dengan hasrat kita untuk menggunakan data sebagai asas dalam merancang ekonomi baharu, dan realitinya kita tidak mempunyai pilihan selain menuju ke arah masa depan ini.

“Kita perlu memanfaatkan teknologi terkini bagi memperkukuh keupayaan serta menambah nilai kepada sumber sedia ada melalui teknologi imejan dan data,” jelasnya.

PREMIER Sarawak berucap pada sesi libat urus Semikonduktor Sarawak yang dianjurkan bersama Semikonduktor SMD dan Universiti Bristol di NCC, Bristol.

Dalam pada itu, Sarawak melalui Semikonduktor SMD akan terus memperkukuh kolaborasi penyelidikan dalam bidang berimpak tinggi termasuk quantum AI dan aeroangkasa.

Tambah beliau, lawatan tersebut turut memberi pendedahan kepada keupayaan superkomputer berskala besar yang menjadi tunjang kepada ekonomi data moden.

“Kita juga berpeluang melihat kompleks supercomputing yang mempunyai ribuan GPU serta pelayan berprestasi tinggi bagi menyokong pemprosesan data berskala besar,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kelebihan Sarawak dari segi sumber tenaga boleh diperbaharui berpotensi menjadi pemangkin utama dalam menawarkan kos operasi yang lebih kompetitif berbanding negara maju.

“Jika kita dapat menawarkan kos tenaga dan sistem penyejukan yang lebih rendah, termasuk penggunaan teknologi penyejukan air kitar semula, kita berpotensi muncul sebagai pusat penyelidikan dan pemprosesan data di rantau ini,” katanya.

Untuk rekod, Sarawak kini giat memperkasa pembangunan ekonomi digital sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang bagi menarik pelaburan berteknologi tinggi dan memperkukuh kedudukan negeri dalam rantaian nilai global.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: UKAS, Bernama perkukuh kerjasama untuk liputan Sukan SEA 2027 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.