Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perketat syarat kemasukan syarikat, pekerja luar negeri ini
  • SEMASA

Sarawak perketat syarat kemasukan syarikat, pekerja luar negeri ini

Utusan Sarawak 6 months ago

Abdul Karim ketika bercakap pada sidang media di Kompeks DUN hari ini. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak akan memperketatkan syarat kemasukan syarikat mahupun pekerja luar yang menjalankan pelbagai bentuk perniagaan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pematuhan syarat yang ketat ini tidak berniat untuk menyusahkan sesiapa, tetapi mahu undang-undang negeri ini dihormati dan dipatuhi kerana menjadi kewajipan kerajaan untuk memastikan undang-undang ditegakkan.

“Sebagai contoh, syarikat yang ingin menjalankan perniagaan dalam sektor minyak dan gas, jika mereka tidak mempunyai permit yang dikeluarkan oleh Petros, mereka tidak akan dibenarkan untuk beroperasi di Sarawak. 

“Perkara ini berdasarkan dalam perlembagaan Sarawak, maka sebab itulah kami menegaskan bahawa hak ini adalah milik kami dan kami akan menguatkuasakan peraturan ini dengan tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menggulung perbahasan bagi kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini hari ini.

Abdul Karim berkata Sarawak selama ini agak ‘longgar’ mengenai perkara sebegini terutamanya penggunaan pas sosial dan bekerja tanpa permit kerja namun kini diperketatkan di mana pekerja luar dilarang bekerja tanpa permit yang sah.

Jelasnya, ada yang datang menggunakan pas sosial, tetapi mereka sebenarnya bekerja lebih daripada tempoh yang dibenarkan dan kadangkala mereka hanya bekerja dua hingga tiga hari sebelum kembali ke negeri masing-masing tanpa memohon permit kerja. 

“Namun, kami kini akan lebih tegas dalam perkara ini. Jika seseorang datang hanya untuk dua atau tiga hari, mereka tidak boleh menggunakan pas sosial. Jika mereka melakukannya, kami akan mengenakan denda,” katanya. – EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: DUN: Peratusan kanak-kanak ikut pendidikan tadika catat peningkatan berterusan  
Next: DUN: 1.16 hektar tanah NCR berjaya diukur, telah diwartakan 924,596 hektar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.