Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perkenal undang-undang baharu kawal sisa sawit di tanah NCR hujung tahun ini
  • TEMPATAN

Sarawak perkenal undang-undang baharu kawal sisa sawit di tanah NCR hujung tahun ini

Utusan Sarawak 12 hours ago
SIDANG MEDIA… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas merasmikan Sarawak Agrofest 2025 hari ini.

BINTULU: Undang-undang baharu akan diperkenalkan hujung tahun ini bagi mengawal selia pengurusan sisa kelapa sawit di tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan hasil sampingan sawit seperti kernel dapat dimanfaatkan secara optimum untuk dijadikan baja, makanan ternakan dan biogas.

“Jika kawasan NCR digunakan untuk tanaman kelapa sawit, hasil sampingan seperti kernel boleh dijadikan makanan haiwan.

“Masalahnya sekarang, tiada undang-undang untuk mengurus sisa ini dan ada yang menjual secara berselerak.

“Kita perlu undang-undang yang memastikan semua sisa sawit ini dikumpulkan supaya ia dapat dijadikan baja, makanan haiwan dan biogas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sarawak Agrofest 2025 di sini, hari ini.

Abang Johari menjelaskan, Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak kini sedang merangka perundangan tersebut dan ia dijangka diumumkan menjelang penghujung tahun.

“Insya-Allah, hujung tahun ini Pejabat Peguam Besar Negeri akan memperkenalkan undang-undang khusus untuk tujuan itu,” katanya.

Beliau yakin pelaksanaan undang-undang baharu itu akan memperkukuh agenda keselamatan makanan Sarawak, menyokong pembangunan industri ternakan moden serta meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar melalui pendekatan ekonomi kitaran.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan pengeluaran baja tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada import, selain pembangunan sistem logistik yang lebih berkesan untuk tujuan eksport produk pertanian.

Katanya, sektor ternakan juga akan diperkukuh melalui penghasilan makanan haiwan berasaskan sisa sawit, selain pembangunan bidang veterinar di Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak bagi melahirkan lebih ramai doktor haiwan dan pakar dalam bidang berkenaan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Belia SUPP lawat BBP Batu Lintang tingkat kesedaran cegah bencana
Next: JKR Sarawak laksana pembaharuan, fokus AI dan XPDC pedalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.