Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak perkenal sistem pengurusan sisa pepejal lebih mampan
  • Selatan
  • WILAYAH

Sarawak perkenal sistem pengurusan sisa pepejal lebih mampan

Utusan Sarawak 10 hours ago
TIMBALAN Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh (empat kanan) bersama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar (tengah) menyantuni tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasminya di Demak Laut, hari ini. Foto UKAS 

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang memperkenalkan sistem pengurusan sisa pepejal sebagai langkah jangka panjang bagi memelihara alam sekitar di samping mengurangkan kebergantungan terhadap tapak pelupusan sisa di seluruh negeri.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, inisiatif itu merupakan antara usaha utama yang sedang dirangka susulan cabaran perubahan iklim serta jangkaan keadaan cuaca ekstrem dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Kajian akhir berhubung pelaksanaan sistem berkenaan kini sedang dijalankan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan,” katanya. 

TIMBALAN Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di kediaman rasminya di Demak Laut, hari ini. Foto UKAS 

Beliau berkata, demikian ketika ditemui media pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di kediaman rasminya di Demak Laut, hari ini.

Beliau juga menjelaskan, pendekatan tersebut diharap dapat mengurangkan jumlah tapak pelupusan sedia ada sekali gus beralih kepada kaedah pengurusan sisa yang lebih mampan dan mesra alam.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka memandangkan cuaca kering dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.

Jelasnya, keadaan cuaca yang tidak menentu sama ada hujan lebat sehingga menyebabkan banjir atau tempoh kemarau berpanjangan yang meningkatkan risiko kebakaran memerlukan perhatian serius semua pihak.

Sehubungan itu, katanya, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan bagi memperjelaskan peranan setiap pihak dalam memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara.

Oleh Adele Rissa 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Remaja lemas di Sungai Bangkit, mayat ditemui penduduk kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.