Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perkenal sistem digital sepenuhnya EFS mulai 1 Januari 2026
  • TEMPATAN

Sarawak perkenal sistem digital sepenuhnya EFS mulai 1 Januari 2026

Utusan Sarawak 6 hours ago
Dato’ Sri Fatimah Abdullah bercakap pada sidang media mengenai pelaksanaan sistem digital baharu Dana Amanah Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) di Baitulmakmur II, Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh pelaksanaan sistem permohonan digital sepenuhnya bagi Dana Amanah Sarawak (EFS) dengan memperkenalkan penggunaan sistem tersebut bermula 1 Januari 2026.

Selain itu, kerajaan turut mengekalkan bantuan RM450 untuk ibu bersalin bagi memastikan semua anak Sarawak terus menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan.


Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, sistem baharu dibangunkan oleh Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) dan boleh diakses melalui portal rasmi sarawak.gov.my, serta diintegrasikan dengan Sarawak Pass.

“Dengan sistem baharu ini, pemohon tidak lagi perlu hadir ke bank, pejabat KPWK atau Jabatan Pendaftaran. Semua urusan boleh diselesaikan secara dalam talian,” katanya pada sidang media mengenai inisiatif EFS di Baitulmakmur II, hari ini.

Menurut beliau, tempoh pemprosesan EFS akan dipendekkan daripada tiga hingga enam bulan kepada sebulan, manakala kelulusan BIB yang sebelum ini mengambil dua hingga tiga bulan kini boleh diselesaikan dalam tempoh seminggu sahaja.

Rakam kenangan bersama penerima Dana Amanah Sarawak (EFS) dan wakil kementerian semasa majlis penyerahan dana di Baitulmakmur II, Petra Jaya.

“Sistem ini akan menjadikan proses lebih mudah, pantas dan telus. Kami berharap kadar penyertaan akan meningkat melebihi 85 peratus,” tambahnya.

Fatimah berkata sistem digital ini juga memudahkan rakyat Sarawak yang menetap di luar negeri kerana pengesahan boleh dilakukan secara automatik melalui status K dan data perbankan.

Bagi kawasan luar bandar, sebahagian lokasi telah mendapat capaian internet termasuk melalui penggunaan Starlink, membolehkan permohonan dilakukan sepenuhnya dalam talian.

Bantuan BIB berjumlah RM450 tetap diperuntukkan kepada ibu bersalin atau bapa dengan status K bagi tujuan pemulihan selepas bersalin dan keperluan bayi baru lahir.

“Dengan langkah ini, kerajaan berharap lebih ramai anak Sarawak mendapat manfaat daripada inisiatif ini, seterusnya menyokong pendidikan dan persediaan mereka untuk masa depan,” katanya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Persiapan kunjungan hormat Premier Sarawak, fokus Projek Symposium Batang Lupar
Next: Press Metal catat keuntungan RM563.3 juta bagi suku ketiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.