Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perkenal SCHB, ringankan beban rawatan warga emas
  • TEMPATAN

Sarawak perkenal SCHB, ringankan beban rawatan warga emas

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berucap pada Majlis Agihan Bakul Makanan sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 3 di Bintulu, hari ini. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Warga emas berusia 60 tahun ke atas di kawasan Tanjong Batu digesa memohon Skim Faedah Kesihatan Warga Emas Sarawak (SCHB) bagi menikmati rawatan pesakit luar secara tanpa tunai di klinik panel yang disediakan kerajaan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, skim tersebut merupakan langkah proaktif kerajaan Sarawak dalam menjaga kebajikan golongan warga emas khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

“Skim ini menawarkan pembiayaan sehingga RM500 setahun untuk rawatan asas di klinik terpilih. 

“Ia mampu meringankan beban kewangan dan memastikan kesejahteraan kesihatan warga emas terus terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis agihan bakul makanan sempena Aidiladha anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu dengan kerjasama Kelab Kembara dan Rekreasi Bintulu di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 3 di sini, hari ini.

Menurut beliau, SCHB terbuka kepada warganegara Malaysia berstatus ‘K’ yang berusia 60 tahun ke atas, mempunyai pendapatan isi rumah RM7,000 ke bawah sebulan dan tidak menerima pembiayaan rawatan pesakit luar daripada agensi lain.

Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi SCHB atau di kaunter pendaftaran bergerak Mobile Services2U Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang akan beroperasi secara berkala di sekitar Tanjong Batu.

Johnny turut memberi jaminan bahawa Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu bersedia membantu golongan sasar sepanjang proses permohonan.

“Kami komited membantu setiap warga emas yang layak. Hadir sahaja ke pejabat kami atau hubungi talian yang disediakan untuk mendapatkan bantuan,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM60.89 juta laksana 25 projek BDDA di Kabong
Next: RM67.92 juta laksana 22 projek sektor pembangunan BDDA di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.