Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perkenal levi karbon ke atas sektor minyak, gas dan tenaga
  • TEMPATAN

Sarawak perkenal levi karbon ke atas sektor minyak, gas dan tenaga

Utusan Sarawak 6 hours ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat yang lain bergambar kenangan pada Amanat Premier Sarawak 2026 hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak akan memperkenalkan levi karbon ke atas kemudahan dalam sektor minyak, gas dan tenaga pada tahun ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata hasil kutipan daripada levi itu akan disalurkan ke dalam Dana Perubahan Iklim yang dikhususkan untuk tujuan itu.

“Langkah ini bagi menyokong pelaksanaan tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, pemuliharaan hutan, pemodenan grid dan inisiatif daya tahan iklim,” katanya ketika berucap pada Amanat Premier Sarawak 2026 hari ini.

Majlis itu diadakan bersempena dengan ulang tahun kesembilan beliau sebagai Premier Sarawak.

Sementara itu, Abang Johari berkata 2026 akan menjadi tahun penentu untuk Sarawak, bagi beralih daripada fasa persediaan kepada pelaksanaan dan tahap kredibiliti yang diukur melalui hasil nyata di lapangan.

“Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Sarawak telah menyediakan strategi, institusi dan mekanisme pembiayaan yang diperlukan untuk pembangunan secara jangka panjang.

“Pada 2026, asas-asas yang diletakkan ini mesti diterjemahkan kepada hasil yang jelas dan nyata. Projek-projek yang sedia untuk dilaksanakan mesti digerakkan secara tegas,” katanya.

Abang Johari berkata kekangan atau halangan yang timbul daripada pertindihan proses, sikap terlalu mengelak risiko atau bidang kuasa yang tidak jelas mesti ditangani dengan segera. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak giat persiapkan lapangan terbang antarabangsa baharu dan Pelabuhan Laut Dalam Tanjung Embang
Next: Kod penerbangan AirBorneo bertukar kepada MY mulai esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.