Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perkenal kaedah torehan ‘punching’, lonjak industri getah
  • TEMPATAN

Sarawak perkenal kaedah torehan ‘punching’, lonjak industri getah

Utusan Sarawak 14 hours ago
STEPHEN Rundi Utom (tiga dari kiri) ketika mendengar taklimat dari pegawai KMJ Nusantara Sdn. Bhd mengenai kaedah menoreh menggunakan teknologi ‘punching’.

SIBU: Industri getah di Sarawak kini memasuki era baharu apabila kerajaan negeri memperkenalkan kaedah menoreh menggunakan teknologi ‘punching’ yang lebih efisien dan tidak bergantung kepada keadaan cuaca.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kaedah baharu itu membolehkan aktiviti menoreh dilakukan dua kali seminggu dengan hasil yang lebih tinggi berbanding teknik tradisional.

“Kaedah ini menggunakan teknik ‘punching’ dari atas batang getah, bukan lagi torehan manual yang mengambil masa lama. Ia boleh dilakukan sama ada ketika hujan atau tidak, sekali gus meningkatkan hasil serta memberikan pulangan lebih baik kepada pekebun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Transformasi Industri Getah Sarawak: Pengukuhan Projek Getah Komuniti Nanga Sekuau di Dewan Penghulu Balang Sekuau di sini, hari ini.

Menurut Dr Rundi, pelaksanaan kaedah berteknologi itu merupakan langkah inovatif yang memberi nafas baharu kepada industri getah di negeri ini, selain membuka peluang kepada pekebun kecil luar bandar untuk meningkatkan pendapatan.

 STEPHEN Rundi Utom menunjukkan demonstrasi teknik menoreh getah menggunakan kaedah ‘punching’ pada pokok getah.

Bagaimanapun, beliau menarik perhatian terhadap trend semasa di mana ramai penanam getah beralih kepada tanaman lain seperti kelapa sawit, sekali gus menyebabkan banyak ladang getah terbiar.

“Sebagai contoh, di kawasan Sekuau, banyak tanaman getah yang diusahakan kira-kira 13 tahun lalu kini menjadi semak samun. Jika dibiarkan, pokok getah yang ada akan terus terbiar tanpa memberi sebarang hasil,” jelasnya.

Beliau berkata, inisiatif seperti yang diperkenalkan oleh pihak KMJ Nusantara Sdn. Bhd dapat membantu mengembalikan semula potensi industri getah dengan penggunaan teknologi moden serta pengurusan yang lebih mampan.

Katanya lagi, kerajaan negeri melalui penubuhan Lembaga Industri Getah Sarawak (SRIB) komited memperkasa semula sektor berkenaan agar menjadi sumber pendapatan mapan kepada penduduk luar bandar, termasuk golongan B40.

 STEPHEN Rundi Utom (duduk tengah) merakam kenangan bersama penduduk yang hadir pada Majlis Perasmian Transformasi Industri Getah Sarawak: Pengukuhan Projek Getah Komuniti Nanga Sekuau di Dewan Penghulu Balang Sekuau di sini, hari ini.

“Langkah ini juga seiring dengan matlamat Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menjadikan pertanian antara pemacu utama transformasi sosioekonomi negeri,” ujarnya.

Dr Rundi berkata, dengan pelaksanaan kaedah ‘punching’ serta pendekatan pertanian berteknologi, kerajaan yakin industri getah di Sarawak bukan sahaja dapat dipulihkan tetapi turut berkembang sebagai sumber ekonomi baharu yang mampan kepada pekebun kecil di seluruh negeri.

Turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Datuk Martin Ben, Penasihat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri William Mawan Ikom, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang serta tetamu kenamaan yang lain.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Discover Science Together 2025 perkukuh jalinan komuniti melalui sains dan penyelidikan
Next: Eksekutif perhotelan rugi RM89,500 terpedaya pelaburan dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.