Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkemas Pengurusan Senapang Patah selaras piawaian ISO
  • SEMASA

Sarawak perkemas Pengurusan Senapang Patah selaras piawaian ISO

Utusan Sarawak 16 hours ago
SERAMAI 50 wakil daripada pelbagai agensi kerajaan menghadiri bengkel pemurnian dokumen senapang patah bagi memperkukuh sistem pengurusan selaras dengan piawaian MS ISO 9001:2015.

MIRI: Seramai 50 wakil daripada pelbagai agensi kerajaan seluruh Sarawak telah menghadiri Bengkel Pemurnian Dokumen Senapang Patah Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 yang berlangsung selama dua hari, di sini bermula kelmarin hingga semalam.

Bengkel anjuran bersama Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dan Pentadbiran Bahagian Bintulu ini bertujuan menyemak, memurnikan serta menyeragamkan dokumen berkaitan pengurusan senapang patah supaya selaras dengan piawaian antarabangsa MS ISO 9001:2015.

Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan tadbir urus senjata api lebih teratur, cekap dan mematuhi kehendak undang-undang semasa.

Antara agensi yang terlibat termasuk Jabatan Peguam Besar Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Pejabat Residen, serta Pejabat-Pejabat Daerah dari seluruh negeri.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan semalam, bengkel ini merupakan platform penting untuk memperkukuh pengurusan senapang patah, terutama dari aspek keselamatan, dokumentasi, pemantauan, dan penyimpanan senjata api.

Tumpuan khusus turut diberikan kepada peranan PDRM dalam menjalankan tapisan keselamatan terhadap pemohon lesen senjata api, manakala Jabatan Kesihatan Negeri memainkan peranan dalam penilaian kesihatan pemohon, selaras dengan keperluan perundangan.

Selain menyemak prosedur sedia ada, bengkel ini juga memperkenalkan penambahbaikan dan prosedur baharu yang dapat memperkemas sistem pengurusan senapang patah di Sarawak.

Inisiatif ini seiring dengan usaha kerajaan Sarawak untuk memperkukuh budaya pematuhan, meningkatkan kecekapan pelaksanaan, serta mempertingkatkan mutu tadbir urus yang telus dan berintegriti.

Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada aspirasi Sarawak untuk muncul sebagai sebuah wilayah berprestasi tinggi dan berdaya saing dalam semua aspek pengurusan serta perkhidmatan awam.

Oleh Adum Liu

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Penutupan lorong laju dan perlahan di Jambatan Stabau untuk penyelenggaraan jalan raya
Next: 137 penerima terima Pingat, Darjah Kebesaran Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.