Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak perhalusi import dan eksport padi, Lembaga Padi bakal ditubuhkan
  • BISNES

Sarawak perhalusi import dan eksport padi, Lembaga Padi bakal ditubuhkan

Utusan Sarawak 4 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata daripada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha Majlis Perasmian Kompleks Islam Sri Aman, hari ini. Foto UKAS

SIMANGGANG: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) sedang memperhalusi proses bagi membolehkan negeri ini mengimport benih padi serta mengeksport padi dan beras ke luar Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan berhubung perkara itu sedang diadakan bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), memandangkan ketika ini urusan import dan eksport beras hanya dikendalikan oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

“Sekarang ini perbincangan sedang dijalankan dengan KPKM mengenai pengimportan benih dan pengeksportan beras kerana ketika ini ia dikendalikan oleh BERNAS.

“Kita mahu satu pelaburan di mana Lembaga Padi kita diberi kebenaran untuk mengeksport dan mengimport benih serta beras bagi pengeluaran padi kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kompleks Islam Sarawak Sri Aman, di sini hari ini.

Tambah beliau, kerajaan Sarawak pada dasarnya telah bersetuju untuk menubuhkan Lembaga Padi yang akan mengurus serta menyelaras industri berkaitan pengeluaran padi dan beras di negeri ini.

Premier Sarawak juga mendedahkan bahawa industri padi di Bahagian Sri Aman akan dibangunkan menggunakan benih ‘perennial rice’ yang berpotensi menjamin hasil tuaian lebih tinggi dan mampan.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan gimik Majlis Perasmian Kompleks Islam Sri Aman, hari ini. Foto UKAS

Mengulas mengenai Kompleks Islam Sarawak Sri Aman pula, beliau menyifatkan kejayaan pembinaan bangunan ikonik itu sebagai lambang perpaduan serta pembangunan berterusan, khususnya di kawasan Simanggang, Sri Aman.

Difahamkan, bangunan berkenaan merupakan Kompleks Islam Sarawak keempat selepas Kuching, Sibu dan Miri. Kompleks tersebut turut menempatkan beberapa agensi kerajaan lain termasuk Pejabat Residen Sri Aman, Pejabat Daerah Sri Aman, Pejabat Agama Islam Sarawak Bahagian Sri Aman, Pejabat Hutan Wilayah Sri Aman, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sri Aman, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) serta Kaunter Servis Sarawak.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie serta tetamu kehormat lain.

-UKAS

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: IEM Sarawak bantu ekonomi capai kemajuan lebih mampan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.