Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak pengerusi Kluster Pelancongan BIMP-EAGA 2025–2027, tuan rumah BETX2026
  • TEMPATAN

Sarawak pengerusi Kluster Pelancongan BIMP-EAGA 2025–2027, tuan rumah BETX2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
 DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada sidang media selepas majlis pelancaran dan sidang media Pertukaran Pelancongan BIMP-EAGA 2026 di Kuching.

KUCHING: Sarawak kini memegang jawatan pengerusi Kluster Pelancongan BIMP-EAGA bagi tempoh 2025 hingga 2027.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak turut menjadi tuan rumah Mesyuarat Kluster Pelancongan BIMP-EAGA ke-22 yang berlangsung pada hari ini hingga esok bersempena penganjuran BIMP-EAGA Tourism Exchange 2026 (BETX2026).

“BIMP-EAGA melibatkan Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina dalam kerjasama pembangunan pelancongan serantau.

“Antara fokus utama ialah memperkukuh ketersambungan, meningkatkan daya saing pelancongan, mempromosikan pelancongan komuniti serta mempercepat transformasi digital dalam sektor pelancongan.

“Kawasan BIMP-EAGA mempunyai lebih 430 juta penduduk yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama serantau. Kita perlu berkembang dengan jiran, bantu antara satu sama lain,” katanya.

 SESI penyampaian tanda penghargaan kepada pihak yang terlibat dengan majlis pelancaran dan sidang media Pertukaran Pelancongan BIMP-EAGA 2026 di Kuching.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas majlis pelancaran dan sidang media Pertukaran Pelancongan BIMP-EAGA 2026 di sini, hari ini.

Tambah beliau, pembangunan pelancongan serantau perlu memberi tumpuan kepada kekuatan pasaran dalaman yang besar tanpa terlalu bergantung kepada pasaran luar.

“Contohnya pembangunan ekonomi di Jerman, Jepun dan China sebagai model kerjasama serantau yang boleh dijadikan rujukan dalam sektor pelancongan.

“Sarawak telah menubuhkan pejabat perdagangan dan pelancongan di Singapura yang membantu meningkatkan eksport negeri ke negara itu, selain penubuhan di Brunei yang sedang dilaksanakan.

“Usaha sama seterusnya akan diperluaskan ke Pontianak sebagai sebahagian strategi memperkukuh rangkaian serantau,” jelasnya.

Tegas beliau, BIMP-EAGA telah ditubuhkan sejak 1994 dan perlu ditambah baik dari segi pelaksanaan dan keberkesanan kerjasama.

“Kalau kita lihat dari 1994 hingga sekarang, kita perlu lihat di mana kita boleh mengembangkan diri kita,” ujarnya.

 RAKAMAN gambar kenangan pada majlis pelancaran dan sidang media Pertukaran Pelancongan BIMP-EAGA 2026 di Kuching.

Bersempena mesyuarat itu, BIMP-EAGA Sarawak Association (BESA) turut menganjurkan BIMP-EAGA Tourism Exchange 2026 bertemakan ‘Tourism for Tomorrow – Transforming BIMP-EAGA’.

BETX2026 menjadi platform utama pemain industri pelancongan serantau untuk menjalin kerjasama, rangkaian perniagaan serta peluang pelaburan antara negara anggota.

Program itu turut menyasarkan lebih 300 peserta terdiri daripada pegawai kerajaan, sektor swasta dan organisasi berkaitan dari empat negara anggota BIMP-EAGA iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: “Boleh dibawa ke Kabinet jika lambat bertindak”,  Karim gesa percepat bina semula Rumah Panjang Bidayuh SCV
Next: Juruterbang terbunuh dalam nahas pesawat di barat Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.