Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak pacu usaha penyenaraian syarikat bumiputera melalui sasaran strategik SBB2035
  • SEMASA

Sarawak pacu usaha penyenaraian syarikat bumiputera melalui sasaran strategik SBB2035

Utusan Sarawak 10 hours ago
JUNADY Nawawi (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Naroden Majais – Foto UKAS

KUCHING: Usaha memperkasa penglibatan syarikat Bumiputera Sarawak dalam arus ekonomi utama negara terus diperkukuh menerusi inisiatif di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Bumiputera Sarawak 2035 (SBB2035) yang menetapkan sasaran strategik 3-7-20 sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), kerangka 3-7-20 yang dirangka secara holistik dan inklusif bertujuan menyenaraikan tiga syarikat Bumiputera Sarawak di Bursa Malaysia, melahirkan tujuh syarikat ‘Champion’ dalam sektor strategik di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) serta menaik taraf 20 peratus perusahaan mikro menjadi syarikat Sendirian Berhad menjelang 2030.

“Sasaran ini bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan iltizam kita untuk melahirkan syarikat Bumiputera yang berdaya tahan, berimpak tinggi dan menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Penasihat MINTRED, Dato Sri Mohd Naroden Majais semasa program Road to IPO: Edisi Sarawak 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau menambah, pencapaian matlamat tersebut memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan akses kepada pembiayaan, tadbir urus korporat yang kukuh, pembangunan kapasiti dan pendedahan kepada pasaran modal.

Difahamkan, kerjasama strategik kini giat dijalankan oleh TERAJU bersama institusi kewangan termasuk Bursa Malaysia melalui platform seperti ‘Bumiputera Expansion and Catalyst Fund’ (BECF) dan ‘Islamic Working Capital Project Financing’ (I-WCPF).

Beliau turut menekankan bahawa penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia bukan hanya bertujuan meningkatkan prestij, malah merupakan langkah strategik untuk memperkukuh ketelusan, memperluas akses kepada sumber modal, serta memperkukuh struktur korporat bagi menjamin pertumbuhan jangka panjang yang mampan

“Penyenaraian ini menjadi lambang keyakinan pasaran terhadap keupayaan syarikat Bumiputera dan memperkukuh jenama syarikat di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Ia memberi inspirasi kepada generasi usahawan yang akan datang,” tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar kerjasama antara Kerajaan Sarawak, Kerajaan persekutuan, institusi pelaburan dan komuniti pelabur terus diperkukuh untuk melahirkan lebih ramai pengusaha Bumiputera Sarawak yang berdaya saing di peringkat nasional.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU Junady Nawawi, Pengerusi Kumpulan Sosioekonomi Bumiputera Sarawak, Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, wakil Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Dr Sulaiman Sahari, Presiden Dayak Chamber of Commerce and Industry (DCCI), Datuk Allan Keripin, serta Presiden Orang Ulu Chamber of Commerce and Industry (OUCCI), Datuk Nelson Balang Rining. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Perkeso: Caruman kecil, perlindungan besar
Next: JPJ: Jangan terpedaya iklan lesen memandu percuma di media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.