Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak pacu transformasi ekonomi berasaskan teknologi masa depan
  • SEMASA

Sarawak pacu transformasi ekonomi berasaskan teknologi masa depan

Utusan Sarawak 5 hours ago
ABANG Johari berkongsi visi transformasi ekonomi Sarawak pada sesi town hall di Manchester, menekankan kepentingan teknologi dan tenaga lestari sebagai pemacu masa depan. Foto UKAS 

MANCHESTER: Sarawak memperkukuh langkah ke arah transformasi ekonomi dengan memberi tumpuan kepada teknologi masa depan seperti kecerdasan buatan, hidrogen dan semikonduktor bagi memastikan negeri kekal relevan dalam landskap global.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perubahan strategi itu lahir daripada keperluan mendesak untuk menyesuaikan ekonomi negeri selepas berdepan pelbagai cabaran termasuk pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan persekitaran semasa.

Menurut beliau, pengalaman tersebut mendorong Sarawak merangka Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) sebagai pelan jangka panjang bagi membina ekonomi yang lebih tahan lasak dan progresif.

PREMIER Sarawak merakam gambar kenangan bersama menghadiri sesi Sarawak Agenda Town Hall ‘Sarawak Towards The Future’. Foto UKAS 

“Selepas pandemik, kita sedar keperluan untuk menyusun semula ekonomi dan menentukan arah baharu. Kita libatkan pelbagai pihak termasuk sektor korporat dan pertubuhan bukan kerajaan dalam merangka strategi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Sarawak Agenda Town Hall bertemakan Sarawak Towards The Future sempena Lan Berambeh Anak Sarawak 2026 edisi United Kingdom di sini, pada Ahad waktu tempatan.

Sesi tersebut dikendalikan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman.

Mengulas hala tuju tersebut, Abang Johari menegaskan Sarawak kini beralih daripada kebergantungan kepada ekonomi tradisional kepada model baharu yang dipacu inovasi dan teknologi.

“Tenaga hijau khususnya hidrogen menjadi antara fokus utama bagi mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil, selain memanfaatkan kekuatan sumber tenaga negeri seperti hidro, solar, biojisim dan gas,” jelasnya. 

Dalam masa sama, beliau menekankan bahawa pembangunan industri semikonduktor amat penting kerana cip merupakan asas kepada hampir semua sistem teknologi moden.

Beliau turut menjelaskan bahawa perkembangan pesat kecerdasan buatan dan automasi akan mengubah corak pekerjaan, sekali gus menuntut generasi muda bersedia menghadapi perubahan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri memberi keutamaan kepada pembangunan bakat melalui pendidikan dan latihan bagi memastikan anak Sarawak mampu menguasai bidang strategik serta memenuhi keperluan ekonomi baharu.

Pada masa sama, usaha memperkukuh ekonomi negeri juga dilihat penting agar selari dengan kepakaran yang dimiliki generasi muda, sekali gus menggalakkan mereka kembali menyumbang kepada pembangunan Sarawak.

Beliau menegaskan Sarawak perlu terus bergerak seiring perubahan global dan berani meneroka bidang baharu bagi memastikan negeri kekal berdaya saing pada masa hadapan.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta beberapa kenamaan lain.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak fokus ‘kuasa otak’, perkukuh jaringan global
Next: Ribut petir di kebanyakan negeri hingga 5.00 petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.