Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sarawak pacu revolusi hidrogen, perkukuh kedudukan sebagai hab tenaga hijau serantau
  • TEKNOLOGI

Sarawak pacu revolusi hidrogen, perkukuh kedudukan sebagai hab tenaga hijau serantau

Utusan Sarawak 2 hours ago
SESI DIALOG…Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjawab soalan ketika sesi dialog bersama Pengarah Eksekutif Emeritus Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Nobuo Tanaka. Foto: Nadya Victoria

KUCHING: Sarawak terus melangkah gah di pentas tenaga global apabila memperkukuh kedudukannya sebagai hab hidrogen hijau serantau menerusi penganjuran Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2026 yang dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini.

Persidangan berprestij selama tiga hari bertemakan Memperkasa Masa Depan – Merealisasikan Ekosistem Hidrogen yang Berdaya Tahan itu menghimpunkan pembuat dasar, pemimpin industri, pelabur antarabangsa serta pakar teknologi bagi merangka hala tuju baharu ekonomi hidrogen yang semakin menjadi nadi kepada peralihan tenaga dunia.

Penganjuran APGH 2026 sekali lagi membuktikan komitmen Sarawak untuk berada di barisan hadapan dalam pembangunan tenaga bersih, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara peneraju ekonomi rendah karbon di rantau Asia Pasifik.

Dalam sesi Dialog Wawasan yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Emeritus Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Nobuo Tanaka, Abang Johari menegaskan Sarawak bukan sekadar membangunkan kapasiti tenaga untuk kegunaan sendiri, sebaliknya sedang merintis peranan sebagai pembekal tenaga bersih kepada rantau ini.

“Kita bukan sekadar menghasilkan tenaga untuk kegunaan sendiri, tetapi sedang meletakkan Sarawak sebagai pembekal tenaga bersih kepada rantau ini. Inilah masa depan ekonomi tenaga yang sedang kita bina,” katanya.

Menurut beliau, kekuatan Sarawak terletak pada sumber tenaga boleh diperbaharui yang melimpah, sekali gus memberikan kelebihan strategik untuk membangunkan ekonomi hidrogen dan memperkukuh kedudukannya sebagai hab tenaga bersih serantau.

SIMBOLIK…Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melakukan simbolik perasmian bersama tetamu kehormat yang lain pada Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2026. Foto Norman B

Beliau turut menjelaskan pendekatan Sarawak dalam membangunkan ekonomi hidrogen berasaskan sumber tenaga boleh diperbaharui serta perancangan pembangunan jangka panjang yang komprehensif.

Katanya, hidrogen memainkan peranan penting dalam menyokong usaha penyahkarbonan, memperkukuh keselamatan tenaga dan membuka peluang ekonomi baharu yang mampu memacu pertumbuhan mampan.

Pada masa sama, beliau menekankan kepentingan kerjasama strategik, inovasi serta pelaburan berterusan bagi membina ekosistem hidrogen yang berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat global.

Persidangan yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu turut mendapat sokongan Business Events Sarawak (BESarawak) dan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).

Sepanjang tiga hari berlangsung, APGH 2026 mengetengahkan pelbagai perbincangan berkaitan dasar, teknologi dan pembangunan industri hidrogen yang semakin penting dalam usaha mempercepat peralihan tenaga global.

Hari kedua persidangan memberi tumpuan kepada aspek teknologi dan inovasi termasuk hidrogen semula jadi, pengeluaran hidrogen hijau, elektrokimia serta pembangunan peranti kuasa termaju dengan penglibatan pakar daripada H2Valley, EnerbluSrl, TOPSOE Sdn Bhd, Universiti Tianjin dan Universiti Strathclyde.

Sementara itu, hari terakhir akan memfokuskan kepada perkembangan industri dan pasaran hidrogen menerusi pembentangan oleh Siemens AG serta Institut Perancangan dan Kejuruteraan Tenaga Elektrik China (EPPEI), selain membincangkan cabaran pembangunan ekosistem hidrogen dan strategi perancangan bersepadu.

APGH 2026 dijangka menjadi pemangkin penting kepada pengukuhan kerjasama serantau, perluasan perkongsian ilmu dan teknologi serta pembangunan rantaian nilai hidrogen yang mampan, sekali gus memperkukuh aspirasi Sarawak untuk muncul sebagai kuasa utama tenaga hijau di Asia Pasifik.

Oleh Norman B

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Sistem Hansard parlimen baharu mudahkan capaian rekod rasmi parlimen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.