Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak negeri termaju 10 tahun lagi
  • TEMPATAN

Sarawak negeri termaju 10 tahun lagi

Utusan Sarawak 5 years ago
LAWATAN KE TAPAK PAMERAN… Abang Johari Tun Openg mencuba salah satu peralatan VR semasa melawat ke tapak pameran selepas Menghadiri Majlis Perasmian Huawei Advanced Training for Engineers, EON Augmented Reality Programme & First Sarawak 5G Test di Dewan Serbaguna CENTEXS,Santubong semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Sarawak akan menjadi negeri termaju di Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang selepas siapnya pemasangan siber 5G.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan penyambungan siber ini akan bermula di kawasan bandar.

“Pada masa ini, Kerajaan Sarawak sedang sibuk melaksanakan penyambungan dan penambahbaikan jalan raya.

“Rancangan kita seterusnya adalah penyambungan siber termasuk 5G,” katanya ketika berucap pada Majlis ‘1st Sarawak Centexs SDEC 5G Test Bed and Huawei Advanced Training Programme: Certified ICT Associate Centre of Excellence Open Lab Augmented Virtual Reality (AVR) Training Lab 2020’ di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Santubong, semalam.

Tambahnya, penyambungan siber ini nanti akan diperluaskan ke seluruh Sarawak.

“Mungkin ramai mempersoalkan mengapa Sarawak menggunakan teknologi 5G ketika beberapa bahagian di negeri ini belum mendapat capaian sambungan mudah alih 3G dan 4G.

“Orang akan mengatakan Abang Jo ini terlalu bercita-cita tinggi.  Tetapi masalahnya adalah jika kita tidak mengikuti perkembangan dan trend di seluruh dunia, kita akan jauh ketinggalan. 

“Kerajaan Sarawak tidak mempunyai pilihan selain mempersiapkan Sarawak dan warganya dengan pengetahuan tentang teknologi itu,” ujarnya.

Jelasnya lagi, pada permulaannya infrastruktur 5G akan dibangunkan di kawasan bandar dan selepas itu akan menghubungkan ke bahagian lain melalui infrastruktur jalan raya.

“Maknanya, kita akan meletakkan kabel di sepanjang jalan raya.

“Mungkin memerlukan lima hingga 10 tahun untuk membangunnya. Menjelang tahun 2030, kita akan memiliki infrastruktur itu,” tegasnya.

Beliau menambah, langkah penting seterusnya adalah mempersiapkan rakyat Sarawak untuk mengendalikan peranti 5G, sebab itulah CENTEXS mempunyai beberapa program latihan dan makmal bekerjasama dengan Huawei.

Pada majlis itu, turut berlangsung pemeteraian memorandum persefahaman antara CENTEXS, Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Huawei Technologies dan Maxis Berhad.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Suspek jual organ direman tujuh hari
Next: Menteri Pengangkutan terima kunjungan hormat SHEDA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.