Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak muncul juara keseluruhan Sukan Olimpik Khas Kebangsaan 2026
  • SUKAN

Sarawak muncul juara keseluruhan Sukan Olimpik Khas Kebangsaan 2026

Utusan Sarawak 6 hours ago
KONTINJEN Sarawak meraikan kejayaan muncul juara keseluruhan Sukan Olimpik Khas Kebangsaan Ke-6 Sarawak 2026 di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Kontinjen Sarawak menepati ramalan apabila muncul juara keseluruhan Sukan Olimpik Khas Kebangsaan ke-6 Sarawak 2026 selepas mengungguli carta pungutan pingat dengan pencapaian cemerlang.

Sarawak menamatkan saingan dengan kutipan 176 pingat keseluruhan, terdiri daripada 56 emas, 68 perak dan 52 gangsa, sekali gus meninggalkan pencabar terdekat dengan jurang besar.

Di tempat kedua, Sabah mengumpul 52 pingat (23 emas, 14 perak, 15 gangsa), diikuti Kedah di kedudukan ketiga dengan jumlah sama 52 pingat namun kurang emas (21 emas, 21 perak, 10 gangsa).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kejayaan tersebut mencerminkan komitmen tinggi, disiplin serta semangat juang luar biasa dalam kalangan atlet negeri.

Menurut beliau, pencapaian itu turut didorong sokongan padu jurulatih, ibu bapa serta pengurusan kontinjen sepanjang temasya berlangsung.

“Kejayaan ini bukan sahaja diukur melalui jumlah pingat, tetapi keberanian atlet untuk mencuba, berusaha dan terus berjuang dalam setiap acara yang disertai.

“Semangat inilah yang menjadi teras kepada Sukan Olimpik Khas dalam memperkasa individu berkeperluan khas,” katanya pada Majlis Penutupan Sukan Olimpik Khas Kebangsaan ke-6 Sarawak 2026 di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua kontinjen yang mengambil bahagian dan mempamerkan semangat kesukanan tinggi sepanjang kejohanan.

Katanya, temasya tersebut bukan sekadar pertandingan sukan, malah platform penting dalam membina keyakinan diri, persahabatan serta keterangkuman sosial dalam kalangan atlet.

“Kita mahu setiap atlet, tanpa mengira kemampuan, diberi peluang untuk berkembang dan menjalani kehidupan yang bermaruah dalam masyarakat,” ujarnya.

Sarawak selaku tuan rumah turut dipuji atas kejayaan penganjuran temasya tersebut yang berjalan lancar serta memberi impak besar kepada pembangunan sukan inklusif di negara ini.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Program Atlet Sihat cipta empat rekod kebangsaan
Next: Piala Uber: Malaysia mara ke suku akhir selepas 16 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.