Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak mulakan eksport tenaga ke Sabah, langkah ke arah Grid Borneo
  • BISNES

Sarawak mulakan eksport tenaga ke Sabah, langkah ke arah Grid Borneo

Utusan Sarawak 2 hours ago

Abang Johari (berdiri, tengah) menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Lembaga Kemajuan Bintulu dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd di Bintulu hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak telah mula membekalkan elektrik kepada Sabah melalui grid kuasanya, menandakan satu langkah penting ke arah merealisasikan Grid Borneo yang bersatu, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata perkembangan itu mencerminkan kemunculan Sarawak sebagai penyedia tenaga serantau yang dibina berasaskan sumber tenaga boleh diperbaharui yang kukuh.

“Dua hari lepas, kita mula membekalkan tenaga melalui grid Sarawak ke Sabah. Kini, kita boleh membentuk Grid Borneo kerana kita juga membekalkan ke Kalimantan Barat, dan kita mempunyai pelaburan di Kalimantan Utara,” katanya ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Lembaga Kemajuan Bintulu dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd di Bintulu hari ini.

Abang Johari berkata peranan Sarawak kini berkembang melangkaui Borneo, bermula dengan Singapura bagi menyokong peralihan tenaga bersih republik itu.

“Saya berada di Singapura bersama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), dan kita akan membekalkan satu gigawatt tenaga kepada Singapura. Ia bukan sekadar tenaga yang kita bekalkan, tetapi tenaga hijau,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari berkata kemajuan dalam teknologi solar dan sistem penyimpanan tenaga dijangka mengubah landskap tenaga boleh diperbaharui global serta membuka peluang baharu untuk industri hijau Sarawak.

Beliau berkata negara di seluruh dunia sedang mempercepat inovasi dalam pembuatan solar bagi mencapai kecekapan lebih tinggi dan penggunaan bahan generasi baharu.

“Penyimpanan tenaga (solar) perlu dipertingkatkan. Pada masa ini, ia menggunakan bateri. Tetapi akan ada teknologi baharu dari segi panel solar yang boleh menyimpan tenaga untuk tempoh lebih lama berbanding sekarang,” katanya.

Menurutnya, inovasi ini termasuk bahan teknologi baharu yang akhirnya mungkin menggantikan silikon, dengan China mengetuai peralihan teknologi ini.

“China memang hebat dalam hal ini. Migrasi teknologi sangat cepat di China. Mungkin suatu hari nanti kita tidak lagi memerlukan silikon. Mereka menggunakan bahan teknologi baharu untuk menyerap cahaya matahari,” tambahnya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dijangka bergantung kepada data minggu depan, menjelang mesyuarat FOMC
Next: Perjanjian BDA-Press Metal pacu industri hiliran, tenaga hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.