Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
  • TEMPATAN

Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings

Utusan Sarawak 7 hours ago
PESAWAT AirBorneo.

KUCHING: Kerajaan Sarawak memuktamadkan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd melalui entiti milik penuhnya AirBorneo Holdings Sdn Bhd, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

AirBorneo menerusi satu kenyataan hari ini berkata perjanjian jual beli bagi pengambilalihan itu ditandatangani antara Malaysia Aviation Group dan kerajaan Sarawak pada 12 Februari 2025.

“Berkuat kuasa 1 Januari 2026, AirBorneo akan mengambil alih tanggungjawab perundangan dan operasi penuh MASwings.

“Semasa fasa peralihan awal ini, penjenamaan MASwings akan diteruskan, sementara AirBorneo melancarkan identiti jenama baharunya secara berperingkat.

“AirBorneo menghargai kerjasama dan sokongan oleh penumpang, rakan kongsi dan pihak berkepentingan sepanjang tempoh peralihan ini,” katanya dalam kenyataan itu.

AirBorneo berkata pengambilalihan itu menyokong objektif strategik kerajaan negeri untuk memperkukuh ketersambungan udara di negeri ini dan memastikan tambang yang berpatutan bagi rakyat Sarawak.

“Ini merupakan langkah penting dalam menyokong agenda pembangunan sosial dan ekonomi negeri dan menyediakan asas bagi fasa pertumbuhan seterusnya AirBorneo.

“Kerajaan Sarawak ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja, rakan kongsi dan pihak berkepentingan atas sokongan mereka sepanjang proses peralihan ini,” katanya. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 14 penduduk dipindahkan susulan banjir di Kuching
Next: Hujan berterusan Kampung Bintawa Tengah dinaiki air, Kampung Pulo turut terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.