Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak Metro sambut baik kerjasama dengan Persatuan Ejen Produk Petroleum
  • TEMPATAN

Sarawak Metro sambut baik kerjasama dengan Persatuan Ejen Produk Petroleum

Utusan Sarawak 4 hours ago
UNTUK KENANGAN… Mazli Mustaffa menyampaikan cenderamata kepada Laura Hartini Maurice semasa sesi bergambar. 

KUCHING: Sarawak Metro Sdn Bhd menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Persatuan Ejen Produk Petroleum Sarawak dalam usaha mempromosikan keselamatan jalan raya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mazli Mustaffa dalam kenyataan berkata, pihaknya menyambut baik cadangan kerjasama tersebut yang dikemukakan oleh Pengerusi persatuan berkenaan, Laura Hartini Maurice, semasa sesi libat urus bersama Sarawak Metro baru-baru ini.

“Kami menantikan peluang untuk bekerjasama dengan persatuan ini, khususnya kerana Sarawak Metro sentiasa mengutamakan aspek keselamatan,” katanya.

Mazli turut memaklumkan bahawa Sarawak Metro berhasrat menjalin kerjasama lebih rapat dengan persatuan itu dalam pembangunan Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), memandangkan sebahagian stesen minyak ahli persatuan berkenaan terletak di sepanjang jajaran projek tersebut.

“Kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan, lebih-lebih lagi dalam fasa semasa apabila kerja pembinaan akan menjadi lebih rancak dalam beberapa bulan mendatang.

“Selain memastikan keselamatan orang awam dan pekerja sepanjang fasa pembinaan, kami juga menumpukan usaha untuk mengurangkan gangguan akibat kerja tersebut, terutamanya dari segi pengurusan lalu lintas berhampiran tapak pembinaan,” jelas beliau.

Sementara itu, Laura berkata, ahli persatuan meminta supaya mereka dimaklumkan lebih awal sekiranya kerja pembinaan dijalankan berhampiran stesen minyak ahli bagi membolehkan mereka membuat persediaan sewajarnya.

Ahli persatuan turut mencadangkan agar sesi libat urus bersama Sarawak Metro diadakan secara berkala kerana mereka juga menyokong projek kerajaan tersebut yang diyakini mampu mempertingkatkan landskap sosioekonomi bandar raya Kuching

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: STU bakal dapat tanah, bangunan baharu di Samarahan – Premier Sarawak
Next: Perkukuh semangat perpaduan, kekalkan keharmonian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.