Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak Metro anjur kursus Mandarin teknikal pertingkat profesionalisme
  • PENDIDIKAN

Sarawak Metro anjur kursus Mandarin teknikal pertingkat profesionalisme

Utusan Sarawak 4 hours ago
TENAGA pengajar berinteraksi dengan peserta Kursus Mandarin Teknikal.

KUCHING: Sarawak Metro Sdn Bhd meneruskan inisiatif peningkatan kemahiran bahasa dengan menganjurkan kursus Mandarin teknikal bagi memperkukuh keupayaan komunikasi kakitangannya, susulan kejayaan penganjuran Kelas Mandarin untuk Pemula tahun lalu.

Kursus lanjutan itu memberi tumpuan kepada penguasaan Mandarin dalam konteks teknikal, khususnya bagi memudahkan urusan komunikasi dengan pengeluar kenderaan Autonomous Rapid Transit (ART) di China.

Bagi tahun ini, kursus berkenaan dianjurkan sekali lagi dengan kerjasama kontraktor pakej sistem 1 Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), EPR Mobilus GR JV Sdn Bhd, bersama Universiti Malaysia Sarawak melalui Jabatan Pembelajaran Pendidikan Berterusan Profesional serta Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi.

KAKITANGAN yang menyertai kursus tekun mengikuti sesi pembelajaran Mandarin Teknikal.

Kursus Mandarin Teknikal ini dirangka khusus berasaskan persekitaran kerja operasi dan merangkumi istilah teknikal berkaitan, dengan objektif memperkukuh kemahiran komunikasi dalam situasi seperti pelaporan isu, pemberian arahan, tindak balas kecemasan, pengagihan tugasan, pelaporan kemajuan projek serta penyertaan dalam mesyuarat yang dijalankan dalam bahasa Mandarin.

Seramai 40 kakitangan menyertai kursus selama empat bulan itu yang dijadualkan berakhir pada Jun ini.

Inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Peningkatan Sosio-Ekonomi (SEED) Sarawak Metro yang bertujuan menambah nilai kepada pelaksanaan Projek KUTS.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa berkata, penyertaan aktif kakitangan dalam mempelajari bahasa baharu amat menggalakkan, khususnya ketika mereka kerap berurusan dengan rakan antarabangsa.

PESERTA memberi tumpuan penuh semasa salah satu sesi Kursus Mandarin Teknikal.

“Penguasaan lebih daripada satu bahasa merupakan satu kelebihan, terutama apabila berurusan dengan pihak dari negara lain. Selain memenuhi keperluan profesional, pembelajaran bahasa baharu turut menyumbang kepada pembangunan individu serta mengukuhkan keupayaan organisasi secara keseluruhan,” katanya.

Beliau menambah, Sarawak Metro akan terus menyokong inisiatif yang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan kakitangan selaras dengan komitmen syarikat mentransformasikan sistem pengangkutan awam menerusi Projek KUTS.

Oleh Norman B

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: UTS meterai MoU dengan ASAUB, perkasa agenda pendidikan antarabangsa Sarawak
Next: Permohonan ke program sijil, diploma Politeknik dan Kolej Komuniti kini dibuka 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.