Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak Mega Fair 2025 di Singapura Oktober ini
  • BISNES

Sarawak Mega Fair 2025 di Singapura Oktober ini

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Pemain industri daripada pelbagai sektor di Sarawak bakal berkampung di Singapura untuk mempamerkan produk mereka pada Sarawak Mega Fair 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober ini.

Pengerusi Pejabat Perdagangan, Pelaburan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, berkata pameran mega yang julung kali diadakan itu akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan negeri dan pihak swasta.

“Kita akan membawa (pemain industri daripada) semua lapisan sektor termasuk pertanian, pelancongan, industri dan perabot. Kita akan bawa untuk mempamerkan produk mereka,” katanya dalam kenyataan daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), hari ini.

Katanya, pameran yang akan dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu menyasarkan pemain industri dari dalam dan luar Singapura.

Beliau, berkata seminar, promosi, dan ceramah mengenai potensi Sarawak dalam pelbagai bidang turut diadakan.

Selain mengetengahkan produk tempatan, katanya pameran itu juga bertujuan mempromosikan sektor pelancongan di Sarawak.

“Kita mahu lebih ramai pelancong dari Singapura dan luar negara datang ke Sarawak. Terdapat banyak peluang untuk melihat dan mengetahui Sarawak dengan lebih lanjut pada Sarawak Mega Fair,” katanya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Tarif AS fokus utama mesyuarat ASEAN-AS
Next: Ringgit melonjak berbanding dolar selepas Trump tangguh tarif 90 hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.