Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SARAWAK MASUK FASA 3 PICK
  • TEMPATAN

SARAWAK MASUK FASA 3 PICK

Utusan Sarawak 4 years ago
TINJAU … Datuk Amar Douglas Uggah diiringi oleh Dato’ Sri Dr.Sim Kui Hian ketika mengadakan lawatan PPV di Dewan Masyarakat Serian semalam.

KUCHING: Sarawak kini memasuki fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah menyatakan bahawa semua yang layak dari usia 18 tahun sekarang boleh mendapatkan suntikan vaksin mereka.

“Di bawah PICK ini, fasa vaksinasi pertama Sarawak adalah untuk barisan hadapan dan yang kedua adalah untuk kumpulan berisiko tinggi, iaitu mereka yang mempunyai komorbiditi dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

“Mulai hari ini (semalam) semua orang kini boleh pergi untuk mendapatkan suntikan mereka berdasarkan temujanji mereka,” katanya kepada media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di Dewan Masyarakat Serian semalam.

Uggah mengatakan di kawasan luar bandar atau pedalaman, Sarawak tidak menggunakan sistem fasa kerana pengaturan seperti itu akan dikepung oleh masalah.

“Sambutan daripada rakyat Sarawak terhadap program vaksinasi sejauh ini sangat menggembirakan.

“Ini merupakan perkembangan yang sangat positif dalam usaha kami melindungi semua orang daripada Covid-19.

“Hingga kini, kami telah berjaya melakukan vaksinasi sebanyak 855,749 orang. Semalam (Isnin) saja, sekitar 59,225 orang telah divaksinasi.

“Daripada jumlah tersebut, 56,975 menerima dos pertama mereka,” jelasnya.

Beliau berkata, untuk bahagian Serian, sebanyak 2,600 orang yang telah divaksinasi, sementara sasaran adalah 2,800 setiap hari.

Pusat vaksinasi di Balai Raya Serian memberi vaksin kepada 1,000 orang hari ini (semalam) yang telah mencapai sasarannya.

Dalam pada itu, Uggah juga mengingatkan pekerja di industri di seluruh negeri ini bahawa vaksin mereka diberikan secara percuma.

“Kami dapat tahu terdapat beberapa syarikat yang mengatakan bahawa pekerja perlu membayar sejumlah wang untuk vaksinasi.

“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa vaksin diberikan secara percuma oleh kerajaan.

“Di semua pusat vaksinasi untuk industri, majikan menanggung kos untuk menubuhkan pusat itu dan yuran perkhidmatan untuk pasukan mentadbir vaksinasi.

“Pusat seperti itu diperlukan kerana kami menemui banyak kes positif di tempat kerja.

“Dengan itu, kita dapat mempercepat program vaksinasi kami untuk rakan sekerja,” katanya.

Turut hadir, Penasihat JPBNS Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian, anggota Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Ik Pahon.

Terdahulu, Datuk Amar Douglas Uggah diberi penerangan mengenai Program Imunisasi Dewan Komuniti Serian oleh Dr. Edmund Sim.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Lapor semua kes jenayah di setiap kawasan
Next: SEDC sumbang RM2 juta kepada SDF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.