Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak masih berpeluang
  • SUKAN

Sarawak masih berpeluang

Utusan Sarawak 5 years ago
BERSAMA AHLI KELUARGA… Datuk Paruwadi Musa (duduk, tengah) bersama ahli keluarganya di Hari Raya.

FAIZAL BUJANG

NAIB Presiden III Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Paruwadi Musa akur dengan keputusan badan induk yang tidak membenar menghantar pasukan untuk bersaing dalam Liga Sepak Takraw (STL) 2020 yang dijadual berlangsung pada bulan Ogos nanti.

Ia berikutan kebimbangan terhadap tahap keselamatan pemain terlibat ekoran penularan virus Covid-19 yang melanda negara dan dunia ketika ini.

“Saya memang ada mengemukakan cadangan dengan badan induk (PSS) untuk menghantar pasukan bersaing dalam STL 2020 nanti.

“Malangnya tidak mendapat restu kerana bimbang dengan keselamatan pemain gara-gara penularan virus Covid-19,” ujar Datuk Paruwadi ketika ditemui dikediamannya.

Menurut Datuk Paruwadi, beliau yang sebelum ini bertindak sebagai pengurus pasukan musim lalu menerimanya secara rasa terbuka selain akur dengan keputusan yang dibuat.

“Apa yang pasti, saya melihat masih ada masa untuk menyaksikan kelibat pemain Sarawak bersaing dalam kejohanan berprestij itu.

“Ini kerana Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail ada menghubungi saya dan memberi jaminan untuk membuka pendaftaran kepada Sarawak,” tambah beliau.

Sambil mengharap mungkin jaminan itu boleh memberi kredibiliti kepada badan induk (PSS) untuk mempertimbangkan perkara itu.

Datuk Paruwadi percaya, andaikata musibah penularan virus Covid-19 berjaya pulih sepenuhnya nescaya pihak PSS akan memberi ‘green light’ bagi tujuan tersebut.

“Ia bergantung kepada barisan Exco PSS sama ada sedia mempertimbangkan semula cadangan itu atau kekal dengan keputusan untuk tidak menghantar pasukan.

“Akan tetapi badan induk tertinggi (PSM) telah memberi jaminan sedia membuka kembali penyertaan kepada Sarawak untuk turut serta,” jelas beliau yang turut mengucap jutaan terima kasih kepada pihak PSM atas keperitahinan terhadap perkara itu.

Continue Reading

Previous: Villas-Boas terus kekal di Marseille
Next: Petinju terkesan tanpa latihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.