Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak mahu wajibkan pemasangan AED di tempat awam
  • SEMASA

Sarawak mahu wajibkan pemasangan AED di tempat awam

Utusan Sarawak 4 months ago

Dr Sim beramah mesra dengan orang ramai pada majlis penyampaian hadiah pertandingan mewarna kanak-kanak anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia Stampin dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Kuching Siburan Kenyalang di Kuching hari ini. Foto UKAS.

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang menggubal undang-undang untuk mewajibkan pemasangan defibrillator luaran automatik (AED), bagi membantu mangsa serangan jantung, di tempat awam.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, berkata kawasan seperti gelanggang badminton, gelanggang tenis, padang bola sepak, dan pusat beli-belah perlu dilengkapi dengan AED.

“Kita bukan sahaja mesti memastikan liputan AED tetapi juga mendidik orang ramai tentang lokasi dan penggunaan peranti ini.

“Jika tidak, mempunyai banyak AED tidak akan berguna. Oleh itu, pendidikan dan latihan adalah tugas penting kita seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penyampaian hadiah pertandingan mewarna kanak-kanak anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia Stampin dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Kuching Siburan Kenyalang di sini hari ini.

AED ialah peranti perubatan mudah alih yang canggih tetapi mesra pengguna, direka untuk membantu individu yang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Alat ini boleh menganalisis irama jantung dan jika perlu, memberikan kejutan elektrik (defibrilasi) untuk membantu memulihkan rentak yang normal dan berkesan.

Dr Sim turut menekankan kepentingan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan menggunakan AED semasa tempoh menunggu untuk pasukan penyelamat profesional.

Katanya, Taman Tebingan Sungai Batu Kawa sudah dilengkapi dengan AED, tetapi ramai yang masih tidak menyedari kehadirannya atau kurang pengetahuan untuk menggunakannya, menyebabkan peralatan tersebut tidak berkesan walaupun tersedia.

Melangkah ke hadapan, kerajaan katanya, merancang untuk mempromosikan pengetahuan pertolongan cemas melalui program komuniti.

“Ini bagi memastikan setiap rakyat Sarawak dapat menguasai kemahiran asas operasi AED dengan menyokong penggunaan meluas AED dan pendidikan pertolongan cemas sekali gus dapat membina komuniti yang lebih selamat dan terjamin.

“Ini akan membolehkan pesakit yang mengalami serangan jantung mengejut menerima bantuan segera, sekali gus menyelamatkan lebih banyak nyawa,”jelasnya

Continue Reading

Previous: TYT, isteri kunjungi Taman Tasik Titiwangsa
Next: AED: BSMM boleh terajui usaha latihan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.