Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak mahu revolusi sektor pertanian, ubah persepsi ia pekerjaan ‘orang susah’
  • WILAYAH

Sarawak mahu revolusi sektor pertanian, ubah persepsi ia pekerjaan ‘orang susah’

Utusan Sarawak 10 months ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam gambar bersama tetamu kehormat sambil menunjukkan buku Pelan Tindakan Keterjaminan Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) 2024 pada majlis di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Kerajaan Sarawak berazam untuk merevolusikan sektor pertanian, sambil mengubah persepsi ia pekerjaan ‘orang susah’.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebaliknya usaha sedang dilakukan bagi menjadikan pertanian sebagai perusahaan komersial.

“Ini selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030). Kita mahu masyarakat mengubah persepsi bahawa sektor pertanian adalah untuk orang susah.

“Sebaliknya, golongan petani perlu diiktiraf sebagai usahawan tani sekali gus mengubah sektor itu daripada aktiviti sara diri kepada perusahaan komersial.

“Tiga komponen utama dalam transformasi ini adalah teknologi, infrastruktur, dan akses pasaran.

“Dengan mengintegrasikan elemen-elemen ini, kerajaan berhasrat untuk memodenkan pertanian dan meningkatkan produktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Kongres Pertanian Mampan dan Keterjaminan Makanan (COSAFS2024) di sini, hari ini.

Abang Johari berkata salah satu matlamat penting adalah untuk mengusahakan 3,000 hektar tanah dengan potensi hasil sebanyak lapan tan padi sehektar setiap musim.

“Kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah penting bagi inisiatif ini, yang menjanjikan jadual pengeluaran lima musim dalam tempoh 24 bulan.

“Jika berjaya, Sarawak boleh mencapai sara siri, mengurangkan kebergantungan pada import dan berpotensi membekalkan padi ke Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata rancangan dan cita-cita tinggi itu mencerminkan strategi yang lebih luas untuk meningkatkan keterjamnian makanan serta pertumbuhan ekonomi menerusi kaedah pertanian yang maju.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: RM20 bilion naik taraf jalan pesisir Sarawak, rintis sektor tani tempatan – Abang Johari
Next: Program STEM Trailblazer landasan pelajar pamer bakat, kreativiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.