Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak mahu kikis sindiran ‘negeri kaya tapi rakyat miskin’ – Abang Johari
  • SEMASA

Sarawak mahu kikis sindiran ‘negeri kaya tapi rakyat miskin’ – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 days ago
KEMERIAHAN sambutan Hari Sarawak 2025 di Stadium Bandar Raya Miri malam ini. Foto UKAS

MIRI: Sarawak telah mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi lapan tahun lebih awal daripada yang disasarkan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak berkata ini berikutan

Bank Dunia telah mengiktiraf Sarawak sebagai sebuah kawasan berpendapatan tinggi untuk tiga tahun berturut-turut mulai 2022.

Ini katanya, berdasarkan angka Pendapatan Negara Kasar per kapita (GNI) sebanyak RM73,100 (AS$17,000) pada 2024, suatu angka yang melangkau nilai ambang sebanyak RM63,800 (AS$15,000) yang ditetapkan oleh bank tersebut.

“Status ini telah meletakkan Sarawak pada kedudukan keempat selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan Pulau Pinang, mengatasi Selangor.

“Alhamdulillah, berpandukan dasar ekonomi yang jelas, konkrit dan berpandangan jauh Sarawak telah mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi lapan tahun lebih awal daripada yang disasarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Sarawak 2025 di Stadium Bandar Raya Miri di sini sebentar tadi.

Abang Johari berkata kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan bahawa sumber negeri ini diberi nilai tambah dengan mewujudkan industri-industri hiliran khususnya dalam sektor minyak dan gas berpandukan pelan jangka panjang ‘Halatuju Gas Sarawak’ atau SGR.

“Saya yakin apabila terlaksana sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun, SGR akan berupaya menarik pelaburan bernilai RM300 bilion dan menjana pengeluaran bernilai RM120 bilion daripada rantaian produk dan perkhidmatan.

“Industri-industri baharu juga akan diwujudkan terutamanya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui untuk menjanakan tenaga sehingga 15,000 megawatt menjelang 2035 bukan hanya untuk kegunaan dalam negeri tetapi juga untuk dieksport ke negara-negara ASEAN.  

“Saya yakin usaha ini untuk menambah nilai sumber asli negeri ini akan menjana ekonomi Sarawak dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak Sarawak untuk mempertingkatkan pendapatan isi rumah bagi keseluruhan rakyat Sarawak dan mengikis sindiran oleh pihak tertentu bahawa Sarawak adalah ‘negeri kaya tapi rakyat miskin’.

“Saya juga ingin menekankan betapa pentingnya pendidikan dan pembangunan bakat dan seni, kerana ini akan memastikan bahawa kita tidak akan bergantung kepada orang lain untuk menyelenggarakan industri dan ekonomi kita dengan baik.

“Justeru, untuk mempastikan anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana mendapat peluang pendidikan hingga ke peringkat universiti, kerajaan GPS akan memberikan pendidikan tinggi percuma mulai tahun hadapan kepada pelajar-pelajar di empat universiti milik kerajaan Sarawak.  

“Dengan langkah ini saya yakin semua pelajar Sarawak yang mengikuti subjek kritikal seperti sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) akan berpeluang untuk menuntut di unversiti-universiti tersebut.

“Saya juga yakin melalui usaha ini untuk melengkapan anak Sarawak dengan ilmu berasaskan teknologi terkini dan jurusan-jurusan lain yang penting untuk pembangunan, kita akan berupaya untuk menghapuskan kemiskinan, terutamanya di kawasan luar bandar dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Oleh Kadir Dikoh

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ordinan Perlombongan Minyak 1958 tidak pernah dibatal, masih terpakai selepas penubuhan Malaysia – Abang Johari
Next: Tun Wan Junaidi lambang patriotisme dan semangat Sarawak – Lee Kim Shin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.